Kalau Nak Tegur, Tegurlah Semua, Kalau Nak Betul, Betulkan Semua.

Baru-baru ini aku ada nampak article pasal orang suruh pramugari MAS bertudung. (ok aku pelik pulak kenapa pramugari AirAsia diaorang tak tegur pulak). Konon-kononnya bila dah bertudung macam akan terhindar malapetaka. Dan hari ini aku ada terbaca pasal billboard iklan MuayThai fighter perempuan pakai sports bra akan mengundang kemarahan Allah.

Soalan aku sekarang, andaikata pramugari MAS bertudung tapi bila landed je dia pergi minum, party tak ingat dunia macamana pulak? Dia pakai tudung semata-mata sebab uniform. Ok aku fikir ada valid argument di sini. At least MAS dah berusaha untuk mengikut ajaran Islam. Pada pendapat aku adalah lebih baik kalau cakap, nak pakai tudung ok je, digalakkan, kalau kau tak pakai tudung itu kau punya pasal.

Dan andaikata perempuan bukan Islam dalam iklan sukan Muay Thai pakai sports attire dia dekat billboard boleh mengundang kemarahan Allah, bagaimana pula dengan benda-benda yang tak nampak secara zahir seperti tak bertanggungjawab dalam menguruskan zakat, menipu rakyat, songlap duit anak yatim, RASUAH!!! Itu tak mengundang kemarahan Allah taala ke?

Point aku di sini ialah, kalau kau nak betul, betulkan semua. Jangan nak pin point satu-satu benda je, jangan nak point benda yang jadikan kau glamer dan famous je, jangan nak menunjukkan yang kau holier than thou atas issue yang ramai orang minat. Ajar benda yang betul, secara menyeluruh. Biar orang semua nak buat kebaikan, biar orang nak buat benda yang betul secara ikhlas. Bila semua dah baik, beriman, semua benda baik akan datang secara natural, tanpa paksaan.

Jangan pulak nanti tetiba ada sorang pramugari start pakai tudung kau masuk paper suruh dia posing-posing pulak ye?

Again, ini pendapat aku, anda semua tidak perlu setuju. Anyway, pasal hidang beer tu aku setuju untuk stop, atas beberapa reason yang aku malas nak tulis.

No comments: