Semasa Muda

Aku selalu terfikir kalau kita hendak enjoy lagi seronok masa muda. Andaikata aku nak pakai kereta Nissan GTR, aku rasa mesti akan rasa hebat kalau aku mampu pakai masa umur aku 35 tahun ke contohnya. Masih muda belia. Tapi dengan kerja macam aku ni aku tak rasalah aku mampu tapi korang dapatlah kan point aku di sini.

One of cita-cita aku nak menjejakkan kaki ke Old Trafford masa aku muda dah tercapai. Memang dream come true. Ye cita-cita aku entah apa-apa tapi still aku tak terbayang pun boleh pergi masa muda dan dengan nasib tetiba baik dapat pergi.

Sekarang aku berdoa aku dapat buat haji masa muda. Muda as in 40 pun ok lagilah kut. Aku tau benda ni bukan impossible sebab kawan aku sorang dah pergi dan kawan jiran dekat rumah yang umur dalam 35 36 aku rasa akan pergi tahun ni.

Aku harap impian aku tercapai. Amin.

No comments: