Doakan Luqman Zafran Sihat



Hari Sukan


Sebagai AJK PIBG aku kadang-kadang sedih jugaklah tak dapat join aktiviti yang dibuat semasa weekdays. Tapi semalam hari Ahad ada Hari Sukan so aku bolehlah join dan bekerja sikit. Kerja aku selama ni sponsor buat website dan update info.

Semalam aku ditugaskan bagi markah perbarisan dan rumah sukan. Itu pada aku biasalah.

Yang lawaknya aku kena bagi medal jugak. Tapi aku happylah sebab semalam dapat sembang-sembang dengan AJK-AJK lain dan adalah bertugas jugak. Aku yakin sekolah ni akan jadi sekolah terbaik sebab tengok Guru Besar yang komited dan semangat kau tau dia kerja sungguh-sungguh. Cikgu-cikgu yang lain pun samalah.

Akibat Stress

Aku baru sedar yang aku sakit-sakit termasuk sakit gigi hari tu adalah sebab stress. Kira aku ada sakit sikit tapi sebab stress kesakitan tu jadi double up or triple up. So instead of merawat sakit aku patut merawat stress dulu.

Sebab bila aku bawak bertenang sakit-sakit macam hilang.

Macamanalah aku tak stress. Kerja banyak gila. Nak mengajar lecturer yang eh takpelah nanti jadi stress pulak aku nak bercerita.

UPSR 2014? What a joke?

Kau imagine anak-anak kau sepanjang hidup persekolahan dia dari darjah satu dapat markah tertinggi dalam darjah dalam most mata pelajaran. Kau tau dia punya keupayaan. Kau tau dia ada masa depan yang cerah dan kau tau dia senang-senang boleh masuk sekolah asrama penuh yang bagus dan mungkin boleh dapat markah tertinggi di sekolah itu jugak. Or maybe boleh jadi the best in Malaysia. Siapa tahukan?

So after all the struggle dia pun mengambil peperiksaan UPSR. Sekali soalan bocor. Confirm dua paper kena repeat. Walaupun mengeluh takpe kau tau anak kau boleh buat. So bila dah confirm tarikh semua kau pun cakap ok, lepas 6 tahun anak aku belajar ni apa kata aku bagi dia ikut atuk dia bercuti pergi overseas, pergi europe ke contohnya. So kau pun book ticket semua.

Sekali, selang seminggu lepas tu keluar berita ada paper lain bocor jugak dan anak kau kena repeat dan yang malangnya tarikh dia jatuh pada hari anak kau yang akan pergi bercuti tu. Mestilah kau akan mengamuk kan sebab benda ni involve dengan duit banyak. Cikgu cakap maybe semua paper akan kena repeat. Dan cakap kalau tak ambik nanti dalam slip result exam katakan 4A dan 1 tak hadir. Dan bila 1 tak hadir maksudnya usah haraplah anak kau nak dapat masuk asrama kan?

Aku taulah Melayu yang suka komen di artikel surat khabar di facebook akan cakap ada hikmahnya tak pergi. Mana tau kapal terbang jatuh ke apa ke. Kepala hotak kau berjambul!!

Aku kesiankan mak bapak jugak sebab takde tempat nak lepaskan kemarahan diaorang. Kementerian dapat mintak maaf je. Tapi ini apa yang kawan aku lepaskan pada aku lah;

UPSR 2014? What a joke?

So it all boils down to a piece of paper. It is a public declaration that you are among the clever ones. Yup! That's it. 6 years of continuous determination and encouraging results? It goes down the drain. Who cares if you get 5As now that it is already deemed as a farce? 

Sakit Gigi

Tak boleh function terus aku sebab sakit gigi. Tadi aku pergi tampal tapi masih sakit lagi. Harapnya esok ok dahlah. Seksa gila.

Arwah Bapak



Aku macam ada banyak benda nak cerita pada arwah bapak aku. So sedih jugaklah.

Busy Sampai Rasa Nak Hisap Rokok

Busy Sampai Rasa Nak Hisap Rokok.

Iqbal M


Ada sesuatu yang aku suka pasal band ni tapi aku tak tau apa benda. Kejujuran? Tak payah poyo-poyo macam band lain.

Melayu Malas?

Aku sangat offended bila Tun Mahathir cakap Melayu malas. Sebab dalam friends circle aku, aku rasa semua rajin-rajin. Adik aku berniaga disamping bekera tetap. Bukan adik aku je ramai lagi.

Aku tengok orang dekat kampung buat dua tiga kerja nak cari duit. Miskin maybe tapi bukan sebab malas tapi itu je kerja-kerja yang ada dan pendapatan tak dapat nak buat dia jadi kaya.

Aku tak taulah Melayu dekat mana yang dia nampak malas. Maybe bukan Melayu Melayu yang ada dekat dengan aku.

Appreciation

Sekarang ni dah almost 3 bulan aku buat kerja dua seoarang diri sebab partner aku bersalin dan bulan ni dia ambik extra cuti. Aku boleh je buat kerja. Kadang-kadang stresslah jugak sebab sekarang bulan yang sangat busy.

Boss-boss aku risau. Aku cakap direct je, bagi aku increment lebih sikit lah nanti. Depan orang ramai je aku cakap. Aku dah buat kerja siang malam, hujung minggu, masa holiday hari tu pun aku kena buat kerja guna computer dan internet sendiri aku harap appreciatelah sikit penat lelah aku.

Bonus fixed sini kalau tak aku tau aku akan dapat maximum.

Trainer? Bukan Trainer.



Salah satu kerja aku ialah mengajar lecturers macamana nak guna sistem-sistem kitaoranglah. Dulu aku tak suka buat ni tapi sebab dah selalu sangat buat aku rasa macam relax je dah sekarang. Confident pun dah ada tapi aku mesti akan cakaplah yang aku ni bukan proper trainer. Aku ni system admin je dan korang pulak semua lecturers so aku mintaf maaflah awal-awal kalau aku punya training tu tak up to your standard.

Hari ni last training untuk satu system ni, aku start ajar dari Isnin, Adalah sepuluh orang lebih setiap hari. Next week aku akan ajar face to face pergi ke bilik lecturer or staff yang nak extra training.

UPSR Bocor??

Siapa yang bocorkan tu aku rasa hukum gantung sampai mati je lah. Membazir nak print paper baru. Bagi budak stress nak kena buat dua tiga kali. Budak baru umur 12 tahun beb. Gila apa nak stress pasal benda-benda macam ni.

Bocorkan sebab apa? Nak bagi sekolah jadi paling hebat? Nak bagi anak kau dapat 5A?

Aku yang dapat semua A pun end up jadi kuli tau.

Artis Favourite


Musim busy dan takde idea. So hari ni aku nak cerita pasal artis-artis favourite aku. Tempatan lah.

Penyanyi Lelaki: Faizal Tahir
Penyanyi Perempuan: Takde
Pelakon Lelaki: Jalil Hamid
Pelakon Perempuan: Nabila Huda

Tapi aku rasa Adibah Noor patut dapat special mention jugak sebab dia buat apa benda semua pun best.

Sports Injury

Sports injury atau apa injury yang aku kena sekarang akan rasa sakit lama. Aku main futsal sebelum puasa hari tu kut tapi sampai sekarang ibu jari kiri aku sakit. Last week aku lari ankle aku macam terpeleot dan sampai sekarang rasa sakit lagi.

Maybe sebab usialah kut. Semuanya ambik masa lama nak elok. Mungkin aku patut pergi jumpa tukang urut tulang.

Mekah Dan Haji

Kalau kau follow FB or Twitter Tabung Haji kau akan seronok sekarang sebab diaorang update perkembangan based on KT number tu. So kalau kau ada sedara mara mesti rasa sentiasa diinformedlah. Dia akan bagitau dah masuk Mekah ke belum dan macam-macam lagilah kut nanti.

Cakap pasal Mekah ni aku sebagai umat Islam ada satu perasaan macam rindu kut? Tapi aku tak pernah pergi sana pun so macam pelik. Rasa macam nak sangat pergi.

Harapnya aku dapat buat haji terus nanti. Dalam usia muda hehe.

Whatsapp

Ok aku rasa aku dah bosan dengan whatsapp group. Maybe sebab aku tengah busy dengan kerja so aku macam tak boleh nak handle. Macam-macam info masuk.

English

Kalau English aku power banyak je kerja aku nak apply, termasuk managerial position sebab aku tau aku boleh buat kerja tu. Cuma bila dia tulis one of the requirements untuk apply kerja tu ialah kena mahir menulis dan berkomunikasi dalam English aku jadi kecut perut.

Kurang berkeyakinan.

Bersosial Di Tempat Kerja


Aku dan kawan aku ni dah lama kerja ni. Dah nak dekat 9 tahun dah. Macam Alex ni daripada company bukak dia dah start kerja. Dia jenis join semua benda, jenis bersosial jadi boleh dikatakan satu company kenal dia. Macam aku bila ada acara besar je baru aku keluar, kalau tak terperap jelah dalam office. So walaupun aku dah nak 9 tahun kerja sini masih ada lagi orang tanya "Staff baru ke?" Hahaha.

Sebab University banyak bangunan kan? So kalau jenis kerja dalam office memang susahlah nak bersosial. Aku rasa bila ada staff baru masuk patut HR email semua staff siap bagi gambar baru senang semua orang kenal hehe.

Winning Medals



Tahun ni memang nasib baik aku, terlampau baik. Mungkin aku patut mintak kerja gaji besar-besar mana tau boleh dapat hahaha. Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Harapnya berterusan. Tapi aku faham kalau ada benda yang tak going my way after this. Hidupkan? Mestilah ada ups and downs.

Pemintak Sedekah Di Traffic Light

Sorry tapi aku rasa tak perlulah kut nak sedekah dekat orang yang tunggu mintak duit masa traffic light merah dekat area Semenyih ni. Kalau dia boleh berdiri 5-6 jam tengah panas aku yakin lah dia boleh kerja normal.

Atau mana-mana traffic lightlah. Easy money. Tampal mata sikit buat muka macam nak mati orang hulur 5 ringgit. Perghh senangnya hidup kau. Sorrylah criminal minds aku rasa semua tu penipu.

Tapi terpulanglah.

Kenapa Kita Harus Mencuba (Kisah Benar)

Sekarang di company aku sedang berlangsung acara-acara sukanlah. Aku sedar diri aku dah tak macam dulu tapi atas dasar semangat kesukanan aku join je main. Peduli apa aku kalah sebab kita nak suka-suka je. Semalam aku pergi main ping-pong. Aku cakap dekat wife dan anak-anak dekat 10 kali yang aku akan balik awal sebab confirm first game kalah. Tapi lain pulak ceritanya.

Ok sekarang imagine katakan ada 14 players dan aku mungkin orang yang diranking ke 12. Ini berdasarkan observation aku je lah ye. Biasanya kalau tournament memanglah orang undi ikut ranking tapi since ini tournament tertutup diaorang undi cabut macam itu je lah. Hasilnya orang yang top 7 macam tu lawan sesama sendiri, yang bottom 7 lawan sesama sendiri. Dan nak tambah cerita ada beberapa orang yang tak datang. Macam kawan aku Hisan yang sedia power tak dapat datang sebab ada hal family. So dah jadi macam berat sebelah. Tapi ini memang nasib dan kita tak boleh arguelah dah undinya macam itu. So malangnya awal-awal lagi orang-orang yang hebat macam jiran sebelah rumah aku Anwar dah terkeluar. Amir terkeluar sebab lawan defending champion, itu nasib dia pulaklah awal-awal kena lawan.

Dipendekkan cerita aku menang first game, tapi diquarter final aku tak lawan sesiapa sebab dua orang yang patut lawan sesama sendiri dan pemenangnya akan lawan aku dekat quarter final tak datang. So automatic aku terus masuk semi final. Di semifinal aku kalah dengan lecturer ni yang eventually jadi champion. Tempat ketiga aku lawan Alex kawan satu office yang nasib baik dia pun lebih kurang aku sampai dapat masuk semi tapi kalah jugak.

Masa tempat ketiga aku menang lawan Alex dan aku akhirnya dapat tempat ketiga. Aku rasa Alex pun nak bagi aku menang sebab dia sendiri dah banyak medal haha. Takpelah walaupun entah apa-apa kalau tengok dari segi tahap permainan tapi aku menang fair and square based on undian yang memihak kepada aku.

Ok kesimpulannya di sini ialah katakan ini benda lain macam kau nak pergi interview tempat kerja yang kau rasa takde harapan ke? Kau nak mengorat awek yang kau rasa cantik sangat ke? Dan macam-macam lagilah benda yang kau rasa impossible sebenarnya kau patut cuba je. Sebab mana tau kalau kau tetiba bernasib baik kau dapat dan mana tau at the same time competitors kau tak bernasib baik dan magically kau yang berani mencuba berjaya.

Tahun depan usah harap aku nak masuk pingpong. Aku tak rasa lah aku akan nasib baik macam ini lagi. Hahahaha.

Perubahan Hidup

Anak no. 3 ni lahir bila hidup aku dah less stressful. Bila hidup dah tenang. Nak cakap dah kaya tak jugak sebab kaya hutang jugak aku rasa tapi at least dah better lah.

Kalau dulu definisi makan sedap ialah pergi ke KFC sekarang definisi makan sedap maybe pergi Manhattan Fish Market or Nandos.

Harapnya perubahan hidup aku dan family menjadi lebih lebih baik lagi selepas ini. Amin.

Ye aku dah tak tau nak tulis apa selain daripada nak mengamuk pada dunia. Eh pasal anak no.3 tadi. Bila ayah dah tak stressful kasih sayang tu jadi lebih sikitlah. Jadi lebih manja sikitlah. Barang-barang pun dapat yang baru-baru dan elok-elok sikitlah. Harap kakak dan abang tak jealous lah ye. Hehe.

Busy

Musim busy sudah bermula. Partner aku sambung cuti bersalin lagi sebulan so aku dapat bayangkan memang kerja non-stoplah ni.

Censorship

Aku tau negara kita ni sangat kuat dalam censor² filem. Tapi kenapa tak censor lagu. Lagu-lagu yang double meaning. Kenapa biar je radio main? Lagu yang direct macam It Wasnt Me Shaggy tu pun selamba je biar.

Ingat elok sangat untuk budak-budak? Ini yang aku nak mencarut perkataan yang dicensor di movies ni. Ke orang-orang yang jaga censorship dalam Malaysia ni tak tau double meaning dalam English?

Kalau lawak lucah double meaning Melayu sakan ketawa. Bila lagu English double meaning terus jadi blur. Janji takde direct lucah. Beat catchy terus lepas.

Merdeka?

Baru-baru ini negara kita menyambut hari kemerdekaan yang ke 57. Lama tu, dah lebih setengah abad. Tapi bila mentaliti rakyat masih tidak bertamadun apalah guna kau merdeka daripada dijajah tapi kau tidak merdeka dari segi perangai.

Masih potong queue padahal dah nampak seribu orang berbaris, masih masuk jalan tak bagi signal. Tak bertamadun dalam segala hal. Tak reflect langsung dalam cita-cita negara nak jadi negara maju. Ye, benda-benda sekecil ini sebenarnya boleh membawa perubahan yang besar. Banyak lagi benda-benda kecil lain yang aku pun dah malas nak taip.

Cakap pasal negara maju ni aku rasa dah masuk tahun 2014 ni perbincangan manusia sepatutnya pasal idea-idea bernas dan besar macam bagi idea nak menghebatkan public transportation dekat Malaysia jadi macam dekat negara maju ke, bagi idea nak majukan ekonomi ke. Sebab contoh ada je bukan nak kena fikir from scratch. Tapi tidak, orang masih sibuk pasal Lana Nordin dah berubah ke tidak lepas balik dari buat umrah.

Don't Look Back In Anger


Aku sekarang tengah giat main bass lagu Dont Look Back In Anger. Biasanya bila aku main anak-anak aku akan duduk tengoklah. Agaknya bila dah selalu sangat dengar dan nampak liriknya Umar tanya maksud You ain't ever gonna burn my heart out.

Sebenarnya aku suka anak-anak aku nak belajar pasal English dan Umar memang jenis confident je nak cakap English dengan kitaorang. Tapi aku tak pasti kalau tetiba ada orang lain nak cakap dengan dia, dia akan cakap english ke tidak. Sebab confident sangat nampaknya bila dalam rumah.


Anyway pasal lagu ni aku cakap kalau setakat burn my heart out sahaja tu macam bagi hati panas. Tapi dalam lagu ni rasanya dia dah decide dengan sepenuh hati so orang tu tak boleh nak ubah lagi pendirian dia, you ain't ever gonna burn my heart out.

Dan aku pun prefer anak-anak aku dengar lagu-lagu macam ni. Baru best sikit.

Ice Lemon Tea

Anak-anak aku sangat suka ice lemon tea. Biasanya dalam botol dan kalau makan dekat restoran elok sikit macam Nandos tu memang dapat pure ice lemon tealah.

Hari tu kitaorang makan gerai biasa dan diaorang nak ice lemon tea jugak so aku orderlah teh o ais limau. Hahahahaha.

Aku ketawa sebab aku rasa korang boleh imagine muka diaorang bila rasa air tu sebab biasa minum ice lemon tea yang sedap tu.