Don't Look Back In Anger


Aku sekarang tengah giat main bass lagu Dont Look Back In Anger. Biasanya bila aku main anak-anak aku akan duduk tengoklah. Agaknya bila dah selalu sangat dengar dan nampak liriknya Umar tanya maksud You ain't ever gonna burn my heart out.

Sebenarnya aku suka anak-anak aku nak belajar pasal English dan Umar memang jenis confident je nak cakap English dengan kitaorang. Tapi aku tak pasti kalau tetiba ada orang lain nak cakap dengan dia, dia akan cakap english ke tidak. Sebab confident sangat nampaknya bila dalam rumah.


Anyway pasal lagu ni aku cakap kalau setakat burn my heart out sahaja tu macam bagi hati panas. Tapi dalam lagu ni rasanya dia dah decide dengan sepenuh hati so orang tu tak boleh nak ubah lagi pendirian dia, you ain't ever gonna burn my heart out.

Dan aku pun prefer anak-anak aku dengar lagu-lagu macam ni. Baru best sikit.

No comments: