Hari Sukan


Sebagai AJK PIBG aku kadang-kadang sedih jugaklah tak dapat join aktiviti yang dibuat semasa weekdays. Tapi semalam hari Ahad ada Hari Sukan so aku bolehlah join dan bekerja sikit. Kerja aku selama ni sponsor buat website dan update info.

Semalam aku ditugaskan bagi markah perbarisan dan rumah sukan. Itu pada aku biasalah.

Yang lawaknya aku kena bagi medal jugak. Tapi aku happylah sebab semalam dapat sembang-sembang dengan AJK-AJK lain dan adalah bertugas jugak. Aku yakin sekolah ni akan jadi sekolah terbaik sebab tengok Guru Besar yang komited dan semangat kau tau dia kerja sungguh-sungguh. Cikgu-cikgu yang lain pun samalah.

No comments: