Kenapa Kita Harus Mencuba (Kisah Benar)

Sekarang di company aku sedang berlangsung acara-acara sukanlah. Aku sedar diri aku dah tak macam dulu tapi atas dasar semangat kesukanan aku join je main. Peduli apa aku kalah sebab kita nak suka-suka je. Semalam aku pergi main ping-pong. Aku cakap dekat wife dan anak-anak dekat 10 kali yang aku akan balik awal sebab confirm first game kalah. Tapi lain pulak ceritanya.

Ok sekarang imagine katakan ada 14 players dan aku mungkin orang yang diranking ke 12. Ini berdasarkan observation aku je lah ye. Biasanya kalau tournament memanglah orang undi ikut ranking tapi since ini tournament tertutup diaorang undi cabut macam itu je lah. Hasilnya orang yang top 7 macam tu lawan sesama sendiri, yang bottom 7 lawan sesama sendiri. Dan nak tambah cerita ada beberapa orang yang tak datang. Macam kawan aku Hisan yang sedia power tak dapat datang sebab ada hal family. So dah jadi macam berat sebelah. Tapi ini memang nasib dan kita tak boleh arguelah dah undinya macam itu. So malangnya awal-awal lagi orang-orang yang hebat macam jiran sebelah rumah aku Anwar dah terkeluar. Amir terkeluar sebab lawan defending champion, itu nasib dia pulaklah awal-awal kena lawan.

Dipendekkan cerita aku menang first game, tapi diquarter final aku tak lawan sesiapa sebab dua orang yang patut lawan sesama sendiri dan pemenangnya akan lawan aku dekat quarter final tak datang. So automatic aku terus masuk semi final. Di semifinal aku kalah dengan lecturer ni yang eventually jadi champion. Tempat ketiga aku lawan Alex kawan satu office yang nasib baik dia pun lebih kurang aku sampai dapat masuk semi tapi kalah jugak.

Masa tempat ketiga aku menang lawan Alex dan aku akhirnya dapat tempat ketiga. Aku rasa Alex pun nak bagi aku menang sebab dia sendiri dah banyak medal haha. Takpelah walaupun entah apa-apa kalau tengok dari segi tahap permainan tapi aku menang fair and square based on undian yang memihak kepada aku.

Ok kesimpulannya di sini ialah katakan ini benda lain macam kau nak pergi interview tempat kerja yang kau rasa takde harapan ke? Kau nak mengorat awek yang kau rasa cantik sangat ke? Dan macam-macam lagilah benda yang kau rasa impossible sebenarnya kau patut cuba je. Sebab mana tau kalau kau tetiba bernasib baik kau dapat dan mana tau at the same time competitors kau tak bernasib baik dan magically kau yang berani mencuba berjaya.

Tahun depan usah harap aku nak masuk pingpong. Aku tak rasa lah aku akan nasib baik macam ini lagi. Hahahaha.

2 comments:

Aziela said...

Stamina masih bagus la kan...? Yes...boleh pergi London dah. Tapi, true. Kalau tak cuba, tak tahu. Yang penting, kita melangkah untuk mencuba.

Pizli Mat Wazip said...

Stamina? Bolehlah..