Merdeka?

Baru-baru ini negara kita menyambut hari kemerdekaan yang ke 57. Lama tu, dah lebih setengah abad. Tapi bila mentaliti rakyat masih tidak bertamadun apalah guna kau merdeka daripada dijajah tapi kau tidak merdeka dari segi perangai.

Masih potong queue padahal dah nampak seribu orang berbaris, masih masuk jalan tak bagi signal. Tak bertamadun dalam segala hal. Tak reflect langsung dalam cita-cita negara nak jadi negara maju. Ye, benda-benda sekecil ini sebenarnya boleh membawa perubahan yang besar. Banyak lagi benda-benda kecil lain yang aku pun dah malas nak taip.

Cakap pasal negara maju ni aku rasa dah masuk tahun 2014 ni perbincangan manusia sepatutnya pasal idea-idea bernas dan besar macam bagi idea nak menghebatkan public transportation dekat Malaysia jadi macam dekat negara maju ke, bagi idea nak majukan ekonomi ke. Sebab contoh ada je bukan nak kena fikir from scratch. Tapi tidak, orang masih sibuk pasal Lana Nordin dah berubah ke tidak lepas balik dari buat umrah.

2 comments:

Aziela said...

To me, kalau betul2 nak dibandingkan dengan zaman dulu, ada juga yang berubah dik. Hehehehehe. Contohnya, masa dulu anak2 dara semuaaaaaaa pakai kain ketat belah sampai atas. Kalau ustazah, pakai tudung skaf ikat bawah dagu nampak jambul. Now, banyaakkk perubahannya. Kita slow, yes akak setuju. Tapi kita berubah. Sikit laa....heehehehe

Pizli Mat Wazip said...

Ha nanti saya tulis bab ini.