UPSR 2014? What a joke?

Kau imagine anak-anak kau sepanjang hidup persekolahan dia dari darjah satu dapat markah tertinggi dalam darjah dalam most mata pelajaran. Kau tau dia punya keupayaan. Kau tau dia ada masa depan yang cerah dan kau tau dia senang-senang boleh masuk sekolah asrama penuh yang bagus dan mungkin boleh dapat markah tertinggi di sekolah itu jugak. Or maybe boleh jadi the best in Malaysia. Siapa tahukan?

So after all the struggle dia pun mengambil peperiksaan UPSR. Sekali soalan bocor. Confirm dua paper kena repeat. Walaupun mengeluh takpe kau tau anak kau boleh buat. So bila dah confirm tarikh semua kau pun cakap ok, lepas 6 tahun anak aku belajar ni apa kata aku bagi dia ikut atuk dia bercuti pergi overseas, pergi europe ke contohnya. So kau pun book ticket semua.

Sekali, selang seminggu lepas tu keluar berita ada paper lain bocor jugak dan anak kau kena repeat dan yang malangnya tarikh dia jatuh pada hari anak kau yang akan pergi bercuti tu. Mestilah kau akan mengamuk kan sebab benda ni involve dengan duit banyak. Cikgu cakap maybe semua paper akan kena repeat. Dan cakap kalau tak ambik nanti dalam slip result exam katakan 4A dan 1 tak hadir. Dan bila 1 tak hadir maksudnya usah haraplah anak kau nak dapat masuk asrama kan?

Aku taulah Melayu yang suka komen di artikel surat khabar di facebook akan cakap ada hikmahnya tak pergi. Mana tau kapal terbang jatuh ke apa ke. Kepala hotak kau berjambul!!

Aku kesiankan mak bapak jugak sebab takde tempat nak lepaskan kemarahan diaorang. Kementerian dapat mintak maaf je. Tapi ini apa yang kawan aku lepaskan pada aku lah;

UPSR 2014? What a joke?

So it all boils down to a piece of paper. It is a public declaration that you are among the clever ones. Yup! That's it. 6 years of continuous determination and encouraging results? It goes down the drain. Who cares if you get 5As now that it is already deemed as a farce? 

2 comments:

Aziela said...

Akak suka kenyataan awak : kepala hotak kau berjambul

Orang yang tak rasa kan.

My case, anak akak bukannya budak pandai. Bila 6 tahun berusaha untuk berikan yang terbaik dalam UPSR tahun ni, final check pointnya itu, tapi di main2kan pula, maka yang frust ialah seluruh yang berusaha sekali dengan budak tu. Bukan konpiden anak akak konpem masuk asrama penuh, konpem dapat 5A, tapi sebab tak konpiden lah kita jadi takut. Orang yang mengutuk tu memang otak singkat. Asrama penuh tak menjamin, kejayaan hidup bukan dari sekarang..bla..bla..bla... Senang cerita, ko arrange anak ko yang pandai tu, aku kena hadap dengan anak aku yg kurang genius agar dia dapat hidup dan bernafas bila dia dewasa nanti. Ha..kan.... Tengkiu yer dik..memahami perasaan.

Pizli Mat Wazip said...

Eh Kak,

Maksud saya dekat sini ialah ada antara anak kita yang kita tau ada potensi tapi atas sebab satu paper yang kita tak boleh ambik atas sebab orang lain punya salah anak kita terus tak dapat. Katakan 4A tapi 1 tak hadir sebab takde dekat Malaysia.

Dan kalau decide nak ambik dah habis duit beribu sebab tiket dah beli.

Hehe.