Che Ta Dan TMJ

Last week ada dua kes besar yang aku nampak orang kecoh dekat social media.

Satunya hal Ampang Puteri nak taja Che Ta bersalin dekat hospital diaorang. Ramai gila orang marah atas alasan buat apa nak taja orang kaya? Ramai orang miskin yang perlukan pertolongan. Aku harap korang sedarlah, dalam dunia sekarang private hospital dah jadi business dan diaorang kena promote. Bukan dunia sekarang, memang forever business pun. Kau kena terima hakikat. Orang macam aku tak mampu nak hantar wife bersalin di private hospital so kita pergi hospital gomen. Selamat je anak-anak kita keluar. Peduli apa. Kau nak expect syarikat-syarikat besar ni nak sponsor kau yang tak dikenali? Wake up lah wei. Kalau dia bantu pun dia make surekan yang pertolongan diaorang tu masuk newspaper satu page. Kau ingat ada orang nak tolong kau for nothing?? Adalah kut satu dalam sejuta.

Anggap je lah itu rezeki Che Ta. Rezeki tu datang daripada Allah. Takkanlah dia nak tolak pulakkan? Kita tak payahlah dengki-dengki.

Hal kedua kes TMJ sepak tiang bendera corner masa celebrate JDT menang. Ini lagi satu benda pelik yang aku tengok orang besar-besarkan. Obviously dia tengah celebrate bukan dia mengamuk. Tapi ramai yang judge sebelum tahu hal sebenar. Nampak muka garang sikit cakap mengamuk. Bila dah tau hal sebenar mulalah orang-orang yang holier-than-thou ni cakap tak perlu celebrate over the top. Cukup sekadar sujud syukur. Kepala hotak kau! Dia owner club yang dah spend berjuta-juta. Dia muda. Dia suka bolasepak. Kalau nak celebrate pun tak boleh, kalau dia celebrate pun korang tak puas hati baik korang check balik diri kau. Apa masalah dalam hati busuk kau tu.

Aku tau kawan aku si Nassir nak bagi panas line dekat Facebook, itu kes lainlah.

Bukan dia celebrate dia lempang budak kecik sampai mati. Orang nak have fun pun tak boleh, kau nak jadikan Malaysia ni negara apa???

No comments: