Denda Yang Boleh Buat Anak Memberontak

Setiap hari aku akan tanya Umar mengaji ke tidak dan sampai mana? Honestly aku sendiri tak yakin nak mengajar anak mengaji macam bapak aku buat pada kitaorang adik beradik so baik aku serahkan pada yang pakar yang tau cara yang betul mengajar.

Ada satu kali tu Al Quran Umar hilang. Masa tu dia dah sampai Juzuk 7. Ustaz dia suruh ulang Juzuk 1 balik bila dah bawak Al Quran baru. Aku pun tak tau macamana boleh hilang, maybe sebab ramai orang. Takkanlah orang nak mencuri Al Quran pulak kan? Itu dah jenayah yang extreme. Ok fine, salah anak aku sebab tak jaga Al Quran betul-betul.

So bila semalam Umar cakap dia kena ulang balik dari Surah Al Baqarah Juzuk 1 aku tetiba hanginlah. Alasannya sebab Umar tersilap cakap dia Juzuk berapa. Sekarang dia dah masuk Juzuk 2 (ulang balik lepas hilang AlQuran hari tu). Ulang balik dari Juzuk 1.

Denda jenis apa macam ini? Bila budak tu nak habis kalau macam tu. Kalau dia tak kena ulang lepas hilang Al Quran hari tu agaknya dah masuk Juzuk 10 dah. Dah nak habis tahun tapi takde progress. Anak aku benganglah, aku yang dengar lagilah bengang.

Ini cara denda zaman lapuk. Anak aku baru darjah satu. Tak perlu kejam sangat. Kalau anak aku tersilap kau nak rotan, rotan je lah. Ini kena ulang balik from scratch bukan budak yang bermasalah. Kau tu yang bermasalah. Kalau benci kerja ajar orang mengaji berhenti! Kalau tak cukup sex jadi garang tak cukup pasal, pergi kahwin.

4 comments:

Aziela said...

Mak oii, kejamnya. Ingat senang ke budak mengaji nak sampai juzuk 7. Kita orang dewasa ni sendiri pun kalau berhempas pulas, tinggal segala aktiviti, paling kuat sehari boleh habis satu juzuk jer. Kalau pun nak denda, ulang balik dari juzuk 6 sudah la.... Orang pun x sakit hati sangat...

Pizli Mat Wazip said...

Imaginelah apa kitaorang rasa.

Lord Voldemort said...

Cuba kau slow talk dengan ustaz tu. Tolong explain on behalf of Umar.

...oh, and jangan lupa update sini lepas kau buat tu. Aku sure akan jadi lebih interesting hehe...

Pizli Mat Wazip said...

Aku bagitau guru besar terus dan rupa2nya ramai orang tak puas hati dengan ustaz tu. Lepas ni guru besar ajar ngaji.