Kalau Saya Jadi Jutawan

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on


Aku rasa ramai orang tahu aku suka masuk contest. Dah jadi habit, kalau tak masuk rasa bersalah. Kalau tak menang besar-besaran pun dapat menang sikit-sikit pun jadilah. So bila ada peraduan Power Root dan aku memang minum kopi 3-in-1 diaorang hari-hari so aku masuk je lah contest dia. Tapi to be honest dalam banyak-banyak contest, contest inilah yang paling aku tak berharap sebab macam mustahillahkan sebab aku bukan hardcore hantar form banyak-banyak.

Walaubagaimanapun aku mestilah berangan sikit-sikit. Dan andaikata aku menang sejuta, apa yang aku nak buat? Hahaha, seronok sebenarnya berangan ni sebab tak kena bayar.

1) Pertama sekali aku masukkan 100 ribu ringgit dalam tabung haji aku satu family. Kira terus habis 500 ribu buat investment sebab aku, Liza dan anak tiga orang.
2) Aku bagi mak aku, dan dua orang adik aku RM20 ribu sorang.
3) Aku bagi mak mentua aku RM10 ribu.
4) Aku bagi abang, kakak, anak sedara, adik-adik ipar RM1000 sorang.

So tinggallah aku dalam RM400 ribu lagi.

Ini senang je sebenarnya. Aku settlekan hutang rumah dan hutang lain dalam 200 ribu dan tinggal dalam 200 ribu. Aku renovate rumah aku dan since dah debt free apa yang lebih aku beli rumah lagi satu, kira downpaymentlah dan bayar bulan-bulan guna duit gaji dan hidup macam orang yang tak pernah ada duit satu juta. Hahahahah.

Siapa yang baca ni sampai habis, terima kasih kerana sudi baca aku merepek. Sebenarnya kalau aku menang duit dalam 20K pun dah cukup, aku nak pasang pegola porch dan nak buat kitchen cabinet rumah aku je.

No comments: