Kami Ke Kidzania



Sabtu lepas kami ke Kidzania lepas aku menang contest dapat tiket pergi sana. Bestlah untuk budak-budak. Cuma masa menunggu agak lama sebab ramai orang. So anak-anak aku pilih pekerjaan yang tak ramai orang nak tapi still fun dan aku rasa yang paling best jadi bomba naik fire engine. Jadi bomba ni last sebab ramai budak nak so kena tunggu dekat 30 minit. Aku suka tengok anak-anak aku enjoy. Sebab apa? Sebab aku ada nampak anak-anak yang kena paksa dengan mak bapak diaorang bukan anak diaorang yang nak pergi. So macam kesian. Oh aku ada dapat jugak tshirt untuk satu family haha. Bolehlah buat pakai di rumah.










Nasihat aku bawak anak-anak bila diaorang dah besar dan faham apa yang diaorang nak buat. Dan biar diaorang yang nak pergi bukan korang paksa pergi. Anak-anak aku muka tak senyum dalam gambar sebab malu dengan photographer, bukan sebab tak enjoy haha. Siap ajak repeat lagi.

2 comments:

Aziela said...

Agak2nya sampai umur berapa yang sesuai?

Pizli Mat Wazip said...

13-14 pun ok rasanya sebab ada kerja-kerja mencabar nak angkat tangga panjat bangunan etc.