Kes Superbike Terbakar dan Rider Rentung (Cadangan)

Aku nak beli yang ini pulak. LC135 Limited Edition, maybe lagi lambat haha. Gambar ambik dari: http://keretamoto.com/2014/09/12/yamaha-135lc-gp-edition-2014-kini-di-pasaran/

Before aku start marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada dua orang rider yang meninggal Ahad lepas.

Sebagai lelaki yang tahu bawak motor mestilah cita-cita aku nak ada superbike ada dalam hati aku. Tapi sebab Yamaha R1 idaman aku berharga RM 96 900, so aku pun tak taulah bila aku nak membelinya. Kalau aku ada superbike pun aku yang anti sosial ni tak rasa akan join konvoi-konvoi pun. Cita-cita aku kalau ada superbike ialah aku nak pergi lawat mak dan balik hari sebulan sekali. Kalau naik kereta ni dua bulan sekali or lebih baru balik kampung.

Ok dah melalut. Aku nak bagi cadangan je, kalau kau tengok video motor tengah terbakar tu kau akan nampak orang bersusah payah nak padamkan api guna air dan dah lama baru ada orang bagi fire extinguisher, maksudnya bukanlah satu benda yang common untuk orang ada fire extinguisher dalam kereta,

Jadinya aku cadangkan baiklah kita beli satu dan letak dalam kereta sebab kalau bukan untuk kita sendiri guna pun maybe satu hari nanti kita akan gunakan untuk tolong orang lain.

No comments: