Nasihat Kepada Yang Masih Mencari Pasangan



Ada kawan-kawan aku yang masih belum berkahwin dan ingin berkahwin. Aku selalu pesan walaupun korang nak kahwin tapi janganlah sampai jadi desperate tangkap muat. Hidup akan lebih gembira single daripada kahwin dapat pasangan yang tak bagus. Itu bab pasanganlah, tapi sekarang aku nampak ada satu benda yang boleh buat orang bercerai berai dan aku nak pesan jugak.

Kalau korang rasa bakal mentua korang tak suka korang, selepas beberapa kali jumpa dia macam tak suka jugak baiklah jangan kahwin dengan orang tu.

Dan kalau kau rasa bakal mertua kau akan control kehidupan korang suami isteri bila korang dah kahwin nanti dan kau nampak mertua kau macam overprotective dekat anak kesayangan dia aku nasihat lari je lah. Cari je lah lain. Benda control ni belum kahwin lagi pun dah boleh nampak.

Kahwin ni hidup berdua. Masing-masing perlu ada term masing-masing dan dua-dua belah harus setuju. Tak syoklah kalau kita kena ikut, or worst kena paksa ikut term, kehendak orang belah sana.

Aku tau orang yang baca blog aku ni kawan-kawan jugak, so aku taknak kawan-kawan aku sedih di kemudian hari. Sekian terima kasih.

Dan aku tau dalam Islam ada cakap bila seorang perempuan tu dah kahwin dia perlu utamakan keluarga mertua dia, tapi kalau dah sampai kau lupakan family sendiri kan tak best. Masih ramai lagi mertua Islam yang considerate dan cool sambil tidak membuat benda-benda yang salah dari segi agama.

No comments: