Sudah Kurang Adventurous Bab Makan

Aku baru perasan yang aku sudah kurang adventurous bab makan. Nak jalan jauh-jauh dah malas. Nak cari bahan untuk memasak pun dah malas. Dulu cari recipe, cari bahan lepas tu bertungkus lumuslah prepare bahan dan bagi Liza execute masak. Sekarang dah malas. Nasi arab pun guna rempah je.

Sekarang ni jiran belakang rumah ada jual rempah nasi arab. Lagilah senang hidup aku. Hahaha.



Benda ni bukan setakat memasak je lah. Nak jalan jauh-jauh cari makanan pun dah malas. Mungkin kos nak makan sedap, nak jalan jauh dah tinggi. Belum GST lagi ni.

No comments: