Yamaha LC Lagi Ok Kut



Setelah membuat kajian aku rasa aku nak beli Yamaha LC ni lah kut. Bukan Lagenda tak bagus, cuma aku rasa aku nak cari kapcai yang paling best. Aku nak beli yang ada clutch kut sebab nanti kalau cita-cita aku nak pakai superbike tercapai senanglah transition tu. Lama gila dah tak bawak motor clutch tapi aku rasa takde masalah sangatlah kut.

Sebab motor ni mahal dari Lagenda maybe awal tahun depan lah kut baru beli sebab tunggu bonus. Tapi sekarang aku tengah sakit kepala jugak sebab lepas balik dari ambik anak sampai office takde parking, aku kena jalan dekat 1KM jugak kut. Tengoklah macamana kut ada jumpa duit terpijak.

Nanti dah ada kalau bosan aku nak ajak Liza cuti dan aku bawak dia pergi jalan-jalan naik motor hahahaha. Tapi jalan-jalan pergi Nilai je kut aku berani, dah bertahun tak bawak motor ni hehe.

3 comments:

sero said...

bwk KHS pi opis?..

Pizli Mat Wazip said...

Tengahari nak pegi ambik anak hehe.

sero said...

ohhh lupe.. untung la opis dekat ngan rumah