Buli



Sekarang kecoh orang share video budak-budak membuli. Aku pernah duduk asrama seawal form 1 so aku tau pasal buli membuli ni. Kau pernah imagine budak form 1 yang baru masuk asrama berpisah dengan mak bapak rumah jauh gila lepas tu nampak budak-budak form 5 macam gangster. Tau tak form 5 tu macam besar gila bila kau tengok masa kau form 1. Kau takut kau tau.

Masa aku form 1 ada mamat ni kena buli and aku rasa dia traumatised dan berdendam. So bila dia naik form 2 dia buli budak form 1 pulak. Imagine kalau cycle ni berterusan. Benda buli akan berterusan sampai bila-bila. Dan yang paling celaka kes buli ni biasa bah remeh je pun. Tak puas hati sikit cari member belasah sorang budak. Masa aku form 1 dulu ada kes buli suruh basuh baju jugak tau. Imagine. Ragging secara hard core. Budak trauma.

Bila form 4 di asrama lain, kes jadi lain. Sebab sekolah form 4 dan form 5 kalau tak puas hati bergaduh je one by one. Ada lah jugak kut belasah ramai-ramai sorang. Kerja pengecut sebab ada geng. And ye aku pun termasuk sama dua tiga kali, sebab aku ramai kawan. Buruk punya perangai, nasib takde orang record video.

Pendek ceritanya di sini, mentaliti budak-budak ni nak kena ubah. Jadi jahat, jadi gangster tak cool. Betul, dulu kau akan look up pada brader-brader macam tu. Wah bestnya jadi gangster sekolah. Awek suka bad boys. Semua tu kena tukar. Kau kena tukar mentaliti budak-budak ni biar fikir dapat highest mark in English seluruh tingkatan itu cool. Kau tak hisap rokok itu cool. Dan awek-awek pun come on lah. Sukalah dekat budak-budak baik sikit. Aku penat tau study nak dapat hadiah masa hari penyampaian hadiah. Yang cun-cun tu hadap mamat hisap samseng nyaris SAP buat apa? Hahaha.

Aku kena buang asrama sebenarnya, siap kena bawak ke balai polis. Tapi aku bukan buli, aku bukan pukul budak ramai-ramai. Aku pukul pencuri tapi cikgu tak boleh terima dan cikgu cover pencuri tu. Pundek, aku takde kenangan manis pun masa form 4 and form 5. Cikgu tu maybe tak suka aku. Tapi aku jadi hero di kalangan kawan-kawan.

Tapi tak cool jugak jadi hero. Aku patutnya tumpukan dapat A dalam Fizik instead nak menegakkan keadilan dan end up duduk rumah sewa kena pergi sekolah kayuh BMX. Ingat ye adik-adik, dapat straight As dalam SPM itu cool. Buli budak tak cool, especially kalau hal-hal remeh.

HAPUSKAN BULI!! MARI STUDY!!

No comments: