Cuti Sekolah Yang Tak Cuti

Benda yang paling aku kesiankan pada anak-anak aku ialah masa cuti sekolah diaorang kena pergi nursery sebab kitaorang berdua kerja. Sebagai anak peneroka FELDA masa kecik aku dulu tak ditempuhi dengan cara anak-anak aku tempuhi sekarang. Time cuti sekolah memang betul-betul cutilah. Nak bangun lambat ke apa sukahati.

So since mak aku dah tinggal seorang sekarang ni aku cubalah ajak mak aku datang rumah aku masa cuti sekolah dan dia setujulah nak datang tahun ni. Aku mintak tolong jagakan anak-anak aku dekat rumah. Mak aku boleh datang 2 minggu starting from next week so bolehlah 2 minggu diaorang nak bangun lambat ke, nak tengok tv ke, nak main game ke. Buat je lah. Aku tak kisah sebab pada aku budak-budak kecik deserve benda-benda macam itu.

Lepas dua minggu aku cadang nak suruh diaorang duduk Keramat rumah mentua aku. Kitaorang bertiga duduk je lah sini. Ok kut, Keramat ada internet, InsyaAllah boleh survive haha dan yang penting aku takdelah bersedih tengok anak-anak aku tak dapat cuti dalam erti kata sebenar.

No comments: