Dugaan Yang Paling Aku Taknak

Hari ini aku nak cerita pasal perceraian, pasal kahwin dua, pasal penipuan suami, pasal curang. Ceritanya panjang.

Aku adalah seorang lelaki normal. Lebih-lebih lagi kerja sini. Awek British tu takde apa sangat, imagine awek Kazakhstan cantik, sexy, manja, wangi datang pada kau sambil tunjuk masalah dekat laptop saja dia hempap breast dia dekat bahu kau, ingat iman kau tak tergugat?

Abaikan.

Aku telah didedahkan dengan benda curang ini since aku habis SPM. Aku nampak kawan pakcik aku nak kahwin lagi satu. Wife dia selalu tanya aku sebab aku kerja kontrak dekat company yang sama. Aku nampak frustration wife dia. Yang lelaki ni boleh keluar hadis semua bila bab nak kahwin lagi satu.

Fast forward ke sekarang aku ada kawan yang sudah berpisah, aku ada baca blog-blog orang yang ditipu suami. Aku dapat rasa sengsaranya diaorang. Aku ada nampak husband and wife gaduh gila-gila sampai berhenti kereta tepi jalan. Aku ada tengok jiran aku sendiri bergaduh (tapi ini wife yang ada pasang lain). Aku tengok memang huru hara dan from blog-blog yang aku baca aku tau diaorang sengsara. Benda ini jadi worst bila diaorang dah ada anak-anak. Kesian. Sangat sangat kesian aku tengok. Bapak takde, jumpa sekali sekala. Yang tak jumpa langsung pun ada. Belum bab nafkah lagi.

Aku taknak ibu kepada anak-anak aku dan anak-anak aku sendiri jadi macam kes-kes ini.

Point aku tulis ini ialah sekarang iyelah aku boleh cakap aku nak jadi suami yang bagus. Aku yakin aku takkan tergugat dengan perempuan-perempuan ni. Aku yakin aku ayah yang bagus. Tapi imagine kalau Allah uji aku dengan awek Kazakhstan yang aku mention tadi masa wife aku dah kurang bergetah ke nanti . Imagine masa tu aku kalah dengan dugaan? Wife aku terbiar, anak-anak terbiar. Nauzubillah.

Imagine dugaan macam ni datang masa aku dah tua. Lagilah.

Kalau aku ada di depan Kaabah or dalam Masjidil Haram sekarang apa aku akan doa? Salah satunya inilah, please jangan duga aku dengan perempuan. Kalau nak duga pun biarlah wife aku approve. Hehe.

No comments: