Enjoy Lah Moment Itu

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on


Semalam hari penyampaian hadiah tadika Nawal. Bestlah, ada persembahan semua. Aku memang bawak video cam dengan tripod letak tepi. Lepas tu aku perasan masa anak-anak buat persembahan semua parents sibuk rakam video tu. Kiranya instead of enjoying the moment secara live diaorang prefer rakam untuk ditengok di kemudian hari.

Maybe tadika patut upah orang buat video dan ambik gambar so that mak bapak boleh tengok secara live dengan penuh kepuasan. Yang lagi teruk masing-masing berdiri dekat depan sampai block orang dekat belakang. Nantilah aku upload dekat Youtube untuk mak bapak yang missed sebab kena block.

Nawal dapat hadiah lancar baca BM dengan English kut, sebagai bapa yang kiasu aku tak rasa happy pun sebab dia memang diexpect untuk pandai itu semua dalam masa setahun. Aku hanya akan happy kalau dia dapat hadiah tokoh pelajar masa umur 4 tahun wahahahahaha. Takdelah memain je. Oklah 4 tahun dah pandai itu ini. Senang nanti.

No comments: