Hal Expected Dan Tidak Memberi Pujian

Semalam aku ada buat lawak yang anak aku memang diexpect macam tu so aku tak excited.

Walaupun aku buat lawak sebenarnya perkara tu memang terjadi. Ada bapak yang bila anak dia katakan cemerlang bapak dia tak cakap apa pun. Sebab memang dia diexpect untuk cemerlang. Tapi kalau gagal terus kena belasah.

Pada aku tak baguslah macam tu kut. Kalau cemerlang kena lah puji sikit sebagai semangat untuk dia mengekalkan kecemerlangan. Diam je down pulak budak tu nanti. Aku cakap puji kan? Bukan reward. Kalau mampu nak reward, reward je lah, peduli apa. Kita kenal anak-anak kita.

Pandai-pandailah. Zaman dah berubah. Macam adik bawah aku dulu dpaat 5A SPM pun bapak aku tak puas hati. Hahahaha.

No comments: