Hal Peniaga Online Yang Paling Aku Menyampah

Sekarang ramai orang berniaga online. Yang aku menyampah ni bukanlah necessarily menipu barang yang dijual atau menipu duit langsung, tapi lebih kepada cakap tak serupa bikin.

Tulis cakap nak post hari ni tapi sebenarnya pos esok.
Cakap lepas post nak terus bagi tracking number, lepas tu cakap nak bagi malam tapi sampai ke pagi esoknya pun tak bagi.

Kalau kau tau kau tak boleh buat jangan janji, jangan tulis. Bahalol.

Orang beli barang ni keluar duit. Kadang-kadang beribu pun ada. Orang nak tau barang dah hantar ke belum. Orang excited tunggu barang. Orang nak barang tu secepat mungkin. Kalau tak boleh buat pergi mati je senang jangan berniaga.

No comments: