Hidup Dengan Anak Tiga Dan Tanpa Maid

Mungkin hidup akan lebih mudah kalau ada maid tapi at the moment kami survive tanpa maid. Alasan sebenarnya ialah aku rasa tak selesa kalau ada orang lain, stranger dalam rumah. Aku taknak berpura-pura dalam rumah sendiri, aku nak jadi diri sendiri.

Kebaikannya itulah, kitaorang bebas. Aku nak pakai seluar pendek pun ok tak perlu jaga aurat. Tapi keburukannya banyak jugaklah macam rumah bersepah dan tak terurus hahaha. So kalau nak datang rumah kena bagitau aku 3 hari in advance dan aku tak senang-senang akan ajak orang masuk rumah andaikata kalau tetiba ada orang hantar barang ke apa ke.

Pada zaman sekarang maid ini keperluan sebenarnya. Dua-dua bekerja. Balik pulak lambat. Nak rumah terurus dan nak ada orang jaga anak-anak maid ini sangat perlu. Tapi atas sebab aku taknak ada stranger dalam rumah tadi aku gagahkan jugaklah hidup macam sekarang. Ok je. Takdelah teruk sangat. Kitaorang bahagia.

Cuma wife aku takdelah merasa macam orang lain boleh tinggal baby menangis dengan maid dekat rumah sambil dia pergi facial. Hahaha. Kenalah struggle. Aku sendiri pun tak suka nak keluar-keluar bersuka ria sebab aku prefer pada masa ini aku tumpukan segala tenaga dan perhatian pada anak-anak aku. Bila diaorang dah besar, dah senang untuk di jaga barulah aku nak beri tumpuan pada bermasyarakat pulak.

Kadang-kadang aku tak faham orang boleh bersuka ria secara consistent dengan macam-macam hobby di luar rumah dan biarkan anak-anak dan isteri di rumah secara kerap. Tapi itu dah tajuk lain pulak dah, bukan tajuk maid. Aku nak dalam bab anak-anak ini bila aku dah nak mati nanti apa-apa pun hasilnya aku tau aku dah try my best. Kalau hasilnya tak seperti yang aku harapkan itu takdir Allah bukan sebab aku sambil lewa dan pentingkan hobby aku daripada anak-anak aku.

No comments: