Kerja Part-Time?

Sabtu hari tu aku kerja di KL campus. Aku volunteer sebab kerjanya senang je lepas tu boleh claim mileage, tol, parking semualah. Dan aku sedar dalam minggu lepas yang aku boleh charge RM28 satu jam sebab kerja weekend. Aku kerja 3 jam je pun. Kira campur-campur lebih kurang RM100 lah bersih aku dapat siap free lunch yang sangat sedap.

Dan aku habiskan dalam 5 jam jelah hari Sabtu campur perjalanan pergi balik.

Aku fikir-fikir balik kalau ada benda ni sebulan sekali pun ok sebab kira not badlah untuk kerja yang senang, tak penat dapat duit banyak tu. Dua bulan sekali pun takde hal lah haha.

Anyway, kalau korang nak upah aku buat apa-apa kerja harga aku ialah RM28 sejam ye? Ye apa-apa kerja, mop lantai pun aku mahir. Hahaha.

2 comments:

hazwah said...

kau perasan tak, as IT Expert kan..charging cost kita lebih murah dari amah indon yang kita bayar untuk sejam di rumah.

hurmmmm...

Pizli Mat Wazip said...

Hahahaha ini kelakar.