KL KL Big City Of Dream (Assalamualaikum - Faizal Tahir)


Masa aku dengan Liza tengok video ni, Liza cakap dah lama tak pergi sana. Sana as in KL, ditempat orang jalan-jalan membeli belah. Aku tau KL ada banyak kawasan tapi aku boleh panggil area Jalan TAR dan disekelilingnya adalah antara area yang humble di KL. Especially kalau kau pergi naik tren dan jalan kaki pergi cari barang.

Aku rasa di jalan ini adalah jalan di mana orang-orang kebanyakan berjalan. Ye lah, compare dengan KLCC dan Bukit Bintang aku yakin apa yang aku cakapkan itu betul. Biasanya setiap tahun aku dan Liza akan ambik cuti dan pergi sini untuk shopping. Pergi naik kereta, sampai masa Sogo pun belum bukak. Bila dia bukak, akan ada lagu dan pekerja akan greet kitaorang. Tahun lepas takde sebab dapat baby. Biasa pergi masa bulan 4 lepas dapat bonus haha.

Dan selepas itu semestinya pergi makan nasi kandar Shittique. Honestly, aku miss jugak KL ni. This part ok KL lah maksud aku.

No comments: