Tak Penat Ke?

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on

Tak penat ke? adalah soalan yang biasa aku dengar bila aku bagitau yang aku ambik anak aku from sekolah time lunch, bawak balik rumah mandi bersiap dan lepas tu hantar ke sekolah agama untuk makan.

Jawapannya? Ye aku penat! Penat sangat! Berpeluh ketiak. Tapi sebab benda ni possible dan doable itu pasal aku buat. Itu bab penat, belum masuk bab minyak, belum masuk lagi bab maintenance kereta. Memang banyak pengorbanannya. Itu pasal aku nak beli motor bila minyak naik ni. Aku memang tak boleh cope, kepala hotak betul minyak dunia turun kita takde nak merasa turun. Tapi percayalah kalau korang ada di tempat aku, maksudnya kalau kau memang boleh buat macam aku, korang mesti akan buat.

Anak aku darjah satu, aku rasa tak salah kut aku nak buat macam ini daripada bagi dia naik van. Tahun depan dia darjah dua aku rasa aku akan buat lagi macam ini. Bila masuk darjah tiga maybe baru aku suruh naik van. Dan masa itu aku akan berehat setahun sebelum tahun berikutnya anak aku no.2 masuk darjah satu dan aku akan ambik dia pulak selama dua tahun.

Aku tau bila aku buat macam ini bonding aku dengan anak aku kuat. Kitaorang jadi close. Apa pun kitaorang memang buat benda semua sama-sama jarang berpisah kitaorang lima orang ni.

Cuti sekolah panjang dah dekat dah ni. Itu tetiba aku nak tulis pasal ni sebab dah nak setahun dah anak aku sekolah. Dan memang aku sangat look forward nak keluar lunch dengan kawan-kawan. Nak berehat.

Anak aku tak pernah cakap dia sayang aku tapi waktu malam bila aku dah pejam mata nak tidur dia akan peluk aku dan aku rasa itu tanda dia hargai apa yang aku buat untuk dia.

No comments: