2015


Selamat Tahun Baru aku ucapkan. Honestly aku tak pernah look forward langsung pada tahun baru tapi tahun ini lain. Aku nak 2014 yang penuh luka ini habis dengan cepat. Penuh luka untuk negara kita secara general. Untuk aku sendiri 2014 adalah tahun yang paling baik dalam sejarah hidup aku. So aku berdoa 2015 dan seterusnya akan jadi lebih baik lagi.

Dan aku juga berdoa biarlah harapnya kita semua, ye kita semua, aku, kau dan kau di sana yang tahun 2015 akan membawa segala benda menggembirakan untuk kita.

Selalunya aku summarize tahun aku, takpela itu next postlah kut.

So apa azam aku tahun ni? Azam aku simple, aku nak Just Be Happy je. Segala dugaan yang datang akan ku sambut dengan tenang. Kalau tak dapat benda yang aku nak, itu maknanya takde rezeki. Benda-benda macam itulah kut.

Lain?

Maybe aku nak jaga makan? Hahaha, ini benda lawaklah, mesti tak boleh.
Taknak main phone masa drive? InsyaAllah.
Bersenam? InsyaAllah.
Berjimat? Aku dah beli motor, memang itu antara target aku. In fact hari ni aku dah boleh pergi ambik motor aku. Hehe.
Masuk contest lagi? Ye mesti, tapi kali ni aku nak masuk contest yang menang hadiah besar dan bukan gadget-gadget lagi sebab aku dah ada semua. Aku nak menang hadiah pergi Umrah ke, dapat rumah banglo ke sebijik haha.

Ok lah ye, selamat tahun baru semua. Doalah kita dapat baik segala benda ye tahun depan dan tahun-tahun seterusnya. Amin.

Masuk Asrama?



Sekarang musim budak-budak UPSR masuk Sekolah Berasrama Penuh atau MRSM. Aku rasa since dulu lagi memang target mak bapak nak hantar anak-anak ke sekolah yang bagus dan kalau bernasib baik yang ada tradisi sendiri.

Macam aku dulu hidup di FELDA, facilities serba kekurangan, mak bapak pun takdelah belajar tinggi untuk membimbing kami adik beradik dalam matapelajaran kimia ke contohnya jadi memang satu kemestian untuk kami keluar dari kawasan yang dikelilingi kelapa sawit.

Cuma zaman sekarang ni selain daripada dapat masuk sekolah yang bagus, menjadi lebih berdikari apakah satu kemestian untuk kita target anak-anak kita dapat Sekolah Berasrama Penuh? Adik-adik aku dan ramai lagi murid dah buktikan yang mana walaupun diaorang tinggal dalam kampung atau setakat sekolah biasa tanpa bantuan yang hebat diaorang score je exam. Asalkan berusaha. Tapi adik-adik aku pergi MRSM lepas dapat result exam yang hebat atas sebab kurang facilities dan mak bapak aku pun mana boleh ajar fizik dan masa tu internet pun takde.. Point aku di sini aku rasa diaorang boleh hebat di mana-mana sahaja.

Sekarang imagine zaman sekarang yang mana informasi ada dihujung jari, segala masalah dan pelajaran boleh di access setakat atas katil sahaja dicampur pulak kebolehan semulajadi anak-anak ini untuk belajar dan menjawab exam aku personally dah tak rasa yang sekolah asrama penuh ni lebih bagus dalam membantu pelajaran kau. Lebih kurang sama sahaja. Ditambah pulak ibubapa yang berpelajaran tinggi yang memang boleh tolong anak-anak belajar di rumah.

Kalau dari segi berdikari memang! Memang asrama membantu! Dan ada nama jugaklah bila kau cakap kau dari sekolah so and so. Dan maybe kau nak ambik course yang takde dekat sekolah biasa macam kut lah sekolah tu ada belajar bahasa Perancis ke, kelas membaiki kereta kebal ke. Kan?

Entahlah, aku pun tak tau. As for now aku masih ada rasa nak anak-anak aku masuk asramalah lebih kepada aku rasa terjaga sikit disiplin compare dengan sekolah biasa yang bebas ni. Yang lain-lain aku tak pasti. Tapi katakan kalau kau boleh monitor anak-anak kau, hantar ambik dari sekolah sendiri, aku rasa kau boleh bagi environment yang sangat baik untuk anak kau belajar dan membesar kut. Wallahualam.

Imitation

Sebagai ayah aku sentiasa nak bagi anak-anak aku gembira. Walaubagaimanapun kita manusia ni kena berpada-pada. Lebih-lebih lagi zaman semua benda mahal ini. Senangnya budak-budak ni ialah diaorang nak je benda-benda tu. Diaorang tak kisah pun benda tu original ke tidak. Jadinya bila ada benda yang 90% sama pada harga 70% lebih murah, aku sangatlah bersyukur sebab aku dapat menggembirakan anak aku dan aku pun tumpang gembira sekali.

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on



Aku taknak mention nama produk ni tapi korang taulah kut kan. Aku takkan beli kalau yang ori so diaorang takdelah hilang customer. Aku beli sebab ada imitation je.

Siapa Bomohkan Aku????

Aku dah nak masuk umur 34 tahun. Kehidupan aku dulu penuh kemarahan dan rasa macam semua benda tak going my way.. Tapi aku tak pastilah lately ni aku sangat tenang. Masalah banyak, banyak sangat. Lampu rosak, suis terbakar, macbook turn off sendiri tapi aku rasa aku dah boleh handle semua ni calmly.

Even kasut kerja aku yang dah nazak ni pun aku masih rasa ok tak bersedih hati.

Aku tak pasti apa yang trigger sifat dalaman aku untuk berubah. Mungkin aku dah mempraktikkan slogan hidup baru aku JUST BE HAPPY ke tahap yang melampau. Atau mungkin aku dah pandai redha dengan segala benda.

Atau mungkin Liza pergi jumpa bomoh suruh hembus-hembus pada aku supaya aku jadi relax sikit. Hahahahah.

Matahari Yang Keluar Sekejap

Aku rasa 3 bulan lepas aku doa biarlah hujan hari-hari. Masa itu panas sampai air pun kena catu. Panas, air takde, ada baby. Imagine. Sekarang bila dah hari-hari hujan aku rasa bersalah pulak nak mintak panas. Susah jugak sebenarnya sebab baju-baju tak kering. Bau masam.

Apa pun Sabtu hari tu masa matahari keluar sekejap aku sempat bawak anak-anak aku main dekat taman. Seronoklah diaorang sampai request nak pergi sekali lagi semalam.

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on



A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on



A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on



Tapi yang tak tahannya ramai pulak couple bermadu asrama. Rosak betul taman permainan jadi tempat orang beromen.


Banjir, Masa Untuk Muhasabah Diri (Random)

Aku tulis ini secara random dan mungkin ada yang tak faham. Peduli apa aku.

Pada aku bila musibah / ujian / bala banjir ni datang semua orang dalam Malaysia ni kena duduk depan cermin dan tenung ke dalam diri selama mungkin. Ambik masa untuk muhasabah diri. Termasuk lah aku, termasuklah kita yang takde kena banjir ni. Apa kita sebagai manusia ni dah buat?

Maksud muhasabah diri ialah seseorang itu melakukan muhasabah terhadap dirinya sendiri. Muhasabah itu bertujuan mengislah diri dan membetulkan akhlak di dunia ini

Ada yang bila kena dekat orang lain dia cakap bala dan bila kena dekat diri sendiri dia cakap ujian. Ada yang cakap itu ujian atau bala tapi manalah tau sebenarnya banjir jadi atas masalah sesimple penebangan hutan secara berleluasa dan sistem perparitan yang tak bagus.

Ada yang bila orang tegur sikit nak melenting. Marah. Semua tak betul. Kau nak benci orang pun kena ada limit. Jangan sampai benci kau tu mengatasi benda-benda logik. Jangan sebab benci kau jadi buta. Jangan sampai orang yang kau benci, kau kutuk, kau maki seumur hidup tu kau panggil balik nak mintak tolong. Bila dah macam tu kau pergi terjun bunuh diri je lah dalam banjir tu.

Ada yang in denial. Nyawa dah tinggal suku pun masih taknak mengaku salah.
Ada yang nak menunjuk. Bagi bantuan nak dapat nama.
Ada yang celaka. Tahan barang bantuan NGO sebab nak hantar barang parti dulu padahal mangsa dah kebuluran.

Korang tak sedar ke sifat Allah tu antaranya maha mengetahui. Boleh tahu apa dalam hati kau yang kadang-kadang busuk tu.

Al-’Aliim: ( العليم ) Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.

Jadi marilah kita muhasabah diri masing-masing dan betulkan apa yang tak betul sebab kadang-kadang tudung labuh yang kau pakai 24 jam tu, kopiah yang tak pernah lekang di kepala kau tu dan facebook status agama kau tu mungkin boleh menjadi topeng di mata aku tapi obviously nampak bogel di mata Allah. Boleh tahu niat sebenar kau. Boleh tahu tahap kebencian kau yang membuak-buak sesama manusia.

Pendek ceritanya, kau contohilah Sultan Kelantan, dan ye, hari ni aku pukul semua.

Aku? At least aku real dan tak pernah berpura-pura sebab aku tak pandai menipu, tak benci sesiapa dan tak busuk hati. Assalamualaikum.

(Sorry, aku ada benci orang sebenarnya, aku benci orang suka potong queue atas jalanraya. Dan aku dengki dengan David Beckham)

Luluh Hati

Korang pernah rasa luluh hati. Rasa simpati yang amat sangat? Setiap kali aku tengok gambar banjir yang melanda negara sekarang ni memang luluh hati aku. Simpati. Kau imagine, rumah kau, kereta kau dan barang-barang dalamnya tenggelam dek air. Air pulak tinggi sampai 2-3 tingkat bangunan.

Sebelum banjir kau kena buat persiapan, masa banjir kena harung dan lepas banjir nanti pulak nak kena bersihkan segala benda.

Aku tau Allah tengah menguji kita semua. Menguji aku sendiri yang tak kena ni jugak pun. Apa yang kita boleh buat nak membantu sesama manusia regardless kaum, agama and dalam kebanyakkan kes negara kita ni, parti politik yang disokong.


Semoga bencana ni cepat habis dan semuanya selamat.

It's Been A Great Year Indeed!


Angan-Angan Yang Dibuang

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on

Satu masa dahulu aku berangan aku nak ada pool table di rumah tapi lepas tu aku sedar rumah aku tak cukup besar nak letak pool table, unless aku buat balconi tertutup. Haha. So aku dah buang dah kut angan-angan tu.

Lagi satu angan-angan yang aku dah buang jauh ialah nak ada superbike.

Happy Ada Camera

Presentation aku last week bertajuk Basic Smartphone Photography. Aku memang suka camera phone. Dan aku telah suffer dekat setahun sebab camera phone aku sebelum ni lense dia dah rosak bercalar. So bila aku dah ada phone baru yang main cameranya elok memang aku lepas geramlah ambik segala gambar haha.

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on



A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on



A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on

Aku tak sabar nak balik kampung. Banyak gambar boleh ambik haha.

Nawal Zahrah

 
A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on

Aku dah pernah tulis pasal Nawal ni. Dia budak yang sangat ceria kadang-kadang sampai aku marah sangat asyik bergelak ketawa suka-suka je. Cuma itulah, aku harap dia akan ceria seumur hidup. Janganlah bila dah meningkat remaja nanti jadi pemarah ke apa ke. Hahah.

Last Week (Summary)

Aku ada cerita hari tu yang last week aku busy training dan Liza pulak takde kat rumah. Sebenarnya hidup aku macam sangat monotonous dan macam aku take everything for granted. Aku terlalu selesa. Aku tau kerja aku macam itu sahaja, aku tau bila aku balik rumah ada wife ada anak-anak dan semuanya takde terganggu. Semuanya perfect. Dan mudah.

Tapi last week aku rasa perubahan yang sangat gila. Aku sangat busy. By Thursday tu aku dah mentally drain, mentally tired dan of course physically tired jugak sebab by that time aku dah uruskan anak-anak seorang diri. Malam Jumaat tu aku kena prepare slides nak buat presentation, aku rasa aku siap berfikir dalam tidur kut apa aku nak cakap. Macam satu wake up call lah untuk aku yang memang hidup aku selama ini mendatar. Dan memang sepatutnya sekali sekala ada benda macam ini terjadi. Liza pergi team building dan aku rasa aktiviti yang dia buat jugak pun mendatangkan perbezaan pada dia. Not to mention last week tu first time tak tidur dengan anak-anak dalam masa beberapa tahun.

Sebab benda-benda ni benda macam bolasepak Malaysia yang aku rasa sangat penting pun dah tak jadi penting. Aku tak peduli pun diaorang kalah 2-0 tu haha.

Pasal presentation aku tau English aku average, apa aku cakap orang boleh faham tapi aku tau lah ada silap-silap sana sikit. Tapi masa aku salam trainer tu dia cakap lah "You did very well you know" so aku rasa penat lelah aku berbalaslah.




Last sekali aku dah beli handphone baru. Refurbished IPhone 4S, hari tu Lazada ada buat special sale aku dapat lagi extra 12%. Aku order 16GB tapi dia lembab hantar so aku marah-marah dan tetiba dia hantar aku 32GB punya. Alhamdulillah. Harganya RM560. Bila dia hantar memang phone barulah rupanya. Korang boleh Google lah apa benda refurbished Iphone ni.

Oh lupa nak cakap, masa aku jaga Luqman si baby tu dia ok je sebenarnya. Dia manja bila mak dia ada je. Bila mak takde dia behave, senang je aku jaga, malam pun takdelah terjaga lama-lama sangat. Dan anak-anak aku lagi 2 orang pun bagus. Bekerjasama dan tolong aku, so ok je lah semuanya. Oklah, itu je lah summarynya. Dah lama aku tak tulis panjang macam ini.

Oh aku beli refurbished phone bermaksud aku takdelah kena peer pressure nak dapatkan gadget terbagus je. It proves that aku ok, dapat barang outdated asalkan berfungsi aku dah cukup happy. Maybe aku dah finally grow up kut. Assalamualaikum.

MInggu Yang Busy

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on



Selain aku busy training seminggu ini since semalam Liza kena pergi outstation, department retreat. Takdelah jauh sangat dari rumah tapi still orangnya takde dekat rumahlah, jadinya aku kena menjaga-anak, termasuk baby yang fully breastfreed sendirian. Alhamdulillah ok je lah semuanya. Luqman si baby pun ok je malam tadi. Cumanya nak panaskan susu semua je lah jadi macam leceh sangat. Malam ini tak taulah, nasiblah esok Liza dah balik.

Hari ni aku nak kena prepare slides nak buat presentation esok, harapnya malam ni ok jugaklah dia untuk aku siapkan slides aku. Aku bukan complaining, cuma the timing is not rightlah untuk semua in berlaku hahaha.

Alhamdulillah Rezeki

Aku kena attend training 5 hari ni. In house je. Tapi rupa-rupanya diaorang sediakan breakfast dengan lunch, dan minum petang jugak kut. Jadinya banyaklah aku boleh jimat minggu ni. Haha. Alhamdulillah.

Aku Dah Gila Lagu Yuna

Perihal Cuti

Cuti yang terbaik adalah cuti yang kau tau last minute. Macam "Eh esok cuti?? Yahooo."

Itulah cuti yang terbaik.

Cuti yang kurang baik pulak ialah bila kau cuti, tapi wife kau kerja sebab dia kerja dekat negeri lain.

Dan nursery anak termasuk baby berusia 8 bulan pun tutup jugak dan kau kena jaga baby dan anak-anak di rumah dan tak dapat pergi makan Nasi Kandar.

Hahaha.

Bebas Tanpa Smartphone


Since aku tak guna smartphone ni aku rasa macam bebas pulak. Paling terasa sekali ialah bila tak perlu melayan message-message mengarut di Whatsapp. Kau taulah, kau ada satu dua group yang kalau rasa bersalah nak leave so kau kena mutekan dia setahun dan sekali nampak ada beratus message mengarut dan forward-forward gambar mengarut jugak.

Yang keduanya ialah email kerja. Aku hari tu synckan email ke phone aku so kalau masuk email aku akan buatlah kerja tu tak kira masa atas dasar aku boleh buat. Sekarang aku bebas. Awal pagi sampai office baru aku aku bukak email. Hahahaha.

Tapi hari ni appraisal. Kalau dapat markah sikit walaupun aku berkorban selama ni memang sampai bila-bila lah aku tak synckan email ke phone.

There Will Always Be People Judging You.

Yuna

Aku suka yang masa zaman lagu Deeper Conversation dengan Yang Sebenarnya dulu. Lepas tu entah kenapa aku macam tak follow sangat. Tapi at the same time aku dengar-dengar jugaklah lagu dia dekat radio. Not until recently lepas aku dah kurang busy aku layan je Youtube dan memberi sepenuh perhatian. Memang sedap-sedap lagu dari English album dia tu. Salah satunya lagu ini lah.


Dan single baru Broke Her tu.

Bantu Membantu

Musim cuti sekolah ni patutnya aku enjoy pergi keluar makan dengan kawan-kawan sebab sepanjang musim sekolah aku lunch ala kadar dan tergesa-gesa je sebab ambik anak sekolah. Tapi entah kenapa aku rasa malas nak keluar makan. Maybe sebab aku malas nak drive kut.

Sekali ada staff dari block sebelah jual makanan lunch dan kawan dalam office aku sendiri pun menjual sama. Lengkaplah, ada nasi, lauk sayur semua. Ada nasi minyaklah apalah. Range harga dalam 4 ringgit ke 5 ringgit setengah. Kira boleh sangatlah aku duduk je dekat meja aku ada orang hantar makanan. Kawan office aku ni lagi best sebab wife dia hantar masa tengahari, makanan panas-panas lagi.

So oklah, diaorang membantu aku yang malas nak keluar ni, aku pulak membantu diaorang menambah pendapatan.

Phone Aku Sudah Tamat Riwayatnya

Phone aku sudah tamat riwayatnya. Dan memandangkan aku nak beli barang-barang anak sekolah, nak beli motor jadinya maybe lagi 3, 4 bulan lah kut baru ganti phone baru. Hahaha.

Broke Her

Suami Yang Baik?? Rage!! Rage!!


Aku paling pantang bila orang upload gambar-gambar macam ni. Kepala hotak bapak kau!! Benda-benda simple macam ni takkanlah kau nak upload beratus kali di zaman 2014 ni? Logiklah suami bantu isteri bab-bab macam ni. Common sense lah kut.

Aku paling benci bila orang upload status-status macam isteri dekat Malaysia ni terseksa sebab kena buat kerja sedangkan di sekeliling aku, ramai je suami-suami buat kerja rumah macam sidai kain semua tu. Bantu isterilah tu. Yang korang buat macam isteri dekat Malaysia ni kena seksa institusi keluarga dekat Malaysia macam ketinggalan zaman ni apahal?

Bapak aku dulu hebat je masak, kalau mak aku takde ke, tak sihat ke. Dari dulu lagi aku rasa suami ada bantu isteri. Isteri mana yang tak dibantu sampai nak lukis kartun-kartun macam ni????? Kalau ada pun zaman sekarang ni aku rasa berapa percent je lah.

Tapi bila suami dah baik tolong menolong janganlah naik kepala. Itu memang bini yang nak kena sepak dekat muka sampai berbekas tapak kaki lah.

Emak

Dalam aku happy mendapat layanan emak aku dalam dua minggu ni, oh alasannya memanglah nak mintak mak aku jagakan anak-anak tapi sebenarnya mak aku memasak jugak untuk kitaorang so memang syoklah makan sedap-sedap, rumah pun terjaga.

Ok sambung balik, dalam aku happy mendapat layanan emak aku sebenarnya dalam tak sedar mak aku dah tua. Dah tak kuat macam dulu. Nak naik turun tangga pun susah. Dan rambut pun dah banyak uban.

Betul Jugak Apa Orang Ni Cakap


Dating?


Aku rasa dah lama jugak kut tak keluar dating dengan isteri. Hahaha. Aku harap tahun depan aku dapat susun cuti dengan lebih bertanggungjawab sikit. Aku nak kena plan yang mana ada pergi keluar berdua dan akhir tahun kena ada tinggal cuti dalam 10 hari baru lah seronok nak jalan-jalan kut. Anyway aku rasa movie atas tu macam menarik je kalau nak tengok masa keluar dating haha.

Mak Aku Dah Ada Sini

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on



Semalam mak aku sampai. Habis dibawak semua-semua benda untuk dia memasak dua minggu. Malas aku nak cakap apa-apa. Biasalah emak-emakkan? Kita pun akan buat benda yang sama. Anak-anak yang dua orang tu dah besar so takdelah susah mak aku nak jaga, just tengok-tengokkan je lah. Cuma anak-anak aku dapat menikmati cuti sekolah secara normal je lah.

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on

Dan pagi tadi aku dapat makan roti canai yang mak aku uli malam tadi. Doakan mak aku sihat walafiat dan dipanjangkan umur ye.