2015


Selamat Tahun Baru aku ucapkan. Honestly aku tak pernah look forward langsung pada tahun baru tapi tahun ini lain. Aku nak 2014 yang penuh luka ini habis dengan cepat. Penuh luka untuk negara kita secara general. Untuk aku sendiri 2014 adalah tahun yang paling baik dalam sejarah hidup aku. So aku berdoa 2015 dan seterusnya akan jadi lebih baik lagi.

Dan aku juga berdoa biarlah harapnya kita semua, ye kita semua, aku, kau dan kau di sana yang tahun 2015 akan membawa segala benda menggembirakan untuk kita.

Selalunya aku summarize tahun aku, takpela itu next postlah kut.

So apa azam aku tahun ni? Azam aku simple, aku nak Just Be Happy je. Segala dugaan yang datang akan ku sambut dengan tenang. Kalau tak dapat benda yang aku nak, itu maknanya takde rezeki. Benda-benda macam itulah kut.

Lain?

Maybe aku nak jaga makan? Hahaha, ini benda lawaklah, mesti tak boleh.
Taknak main phone masa drive? InsyaAllah.
Bersenam? InsyaAllah.
Berjimat? Aku dah beli motor, memang itu antara target aku. In fact hari ni aku dah boleh pergi ambik motor aku. Hehe.
Masuk contest lagi? Ye mesti, tapi kali ni aku nak masuk contest yang menang hadiah besar dan bukan gadget-gadget lagi sebab aku dah ada semua. Aku nak menang hadiah pergi Umrah ke, dapat rumah banglo ke sebijik haha.

Ok lah ye, selamat tahun baru semua. Doalah kita dapat baik segala benda ye tahun depan dan tahun-tahun seterusnya. Amin.

1 comment: