Banjir, Masa Untuk Muhasabah Diri (Random)

Aku tulis ini secara random dan mungkin ada yang tak faham. Peduli apa aku.

Pada aku bila musibah / ujian / bala banjir ni datang semua orang dalam Malaysia ni kena duduk depan cermin dan tenung ke dalam diri selama mungkin. Ambik masa untuk muhasabah diri. Termasuk lah aku, termasuklah kita yang takde kena banjir ni. Apa kita sebagai manusia ni dah buat?

Maksud muhasabah diri ialah seseorang itu melakukan muhasabah terhadap dirinya sendiri. Muhasabah itu bertujuan mengislah diri dan membetulkan akhlak di dunia ini

Ada yang bila kena dekat orang lain dia cakap bala dan bila kena dekat diri sendiri dia cakap ujian. Ada yang cakap itu ujian atau bala tapi manalah tau sebenarnya banjir jadi atas masalah sesimple penebangan hutan secara berleluasa dan sistem perparitan yang tak bagus.

Ada yang bila orang tegur sikit nak melenting. Marah. Semua tak betul. Kau nak benci orang pun kena ada limit. Jangan sampai benci kau tu mengatasi benda-benda logik. Jangan sebab benci kau jadi buta. Jangan sampai orang yang kau benci, kau kutuk, kau maki seumur hidup tu kau panggil balik nak mintak tolong. Bila dah macam tu kau pergi terjun bunuh diri je lah dalam banjir tu.

Ada yang in denial. Nyawa dah tinggal suku pun masih taknak mengaku salah.
Ada yang nak menunjuk. Bagi bantuan nak dapat nama.
Ada yang celaka. Tahan barang bantuan NGO sebab nak hantar barang parti dulu padahal mangsa dah kebuluran.

Korang tak sedar ke sifat Allah tu antaranya maha mengetahui. Boleh tahu apa dalam hati kau yang kadang-kadang busuk tu.

Al-’Aliim: ( العليم ) Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.

Jadi marilah kita muhasabah diri masing-masing dan betulkan apa yang tak betul sebab kadang-kadang tudung labuh yang kau pakai 24 jam tu, kopiah yang tak pernah lekang di kepala kau tu dan facebook status agama kau tu mungkin boleh menjadi topeng di mata aku tapi obviously nampak bogel di mata Allah. Boleh tahu niat sebenar kau. Boleh tahu tahap kebencian kau yang membuak-buak sesama manusia.

Pendek ceritanya, kau contohilah Sultan Kelantan, dan ye, hari ni aku pukul semua.

Aku? At least aku real dan tak pernah berpura-pura sebab aku tak pandai menipu, tak benci sesiapa dan tak busuk hati. Assalamualaikum.

(Sorry, aku ada benci orang sebenarnya, aku benci orang suka potong queue atas jalanraya. Dan aku dengki dengan David Beckham)

1 comment:

Aziela said...

Nak like, tapi akak takder media sosial. Tapi Like jugaklah...