Bantu Membantu

Musim cuti sekolah ni patutnya aku enjoy pergi keluar makan dengan kawan-kawan sebab sepanjang musim sekolah aku lunch ala kadar dan tergesa-gesa je sebab ambik anak sekolah. Tapi entah kenapa aku rasa malas nak keluar makan. Maybe sebab aku malas nak drive kut.

Sekali ada staff dari block sebelah jual makanan lunch dan kawan dalam office aku sendiri pun menjual sama. Lengkaplah, ada nasi, lauk sayur semua. Ada nasi minyaklah apalah. Range harga dalam 4 ringgit ke 5 ringgit setengah. Kira boleh sangatlah aku duduk je dekat meja aku ada orang hantar makanan. Kawan office aku ni lagi best sebab wife dia hantar masa tengahari, makanan panas-panas lagi.

So oklah, diaorang membantu aku yang malas nak keluar ni, aku pulak membantu diaorang menambah pendapatan.

No comments: