Bebas Tanpa Smartphone


Since aku tak guna smartphone ni aku rasa macam bebas pulak. Paling terasa sekali ialah bila tak perlu melayan message-message mengarut di Whatsapp. Kau taulah, kau ada satu dua group yang kalau rasa bersalah nak leave so kau kena mutekan dia setahun dan sekali nampak ada beratus message mengarut dan forward-forward gambar mengarut jugak.

Yang keduanya ialah email kerja. Aku hari tu synckan email ke phone aku so kalau masuk email aku akan buatlah kerja tu tak kira masa atas dasar aku boleh buat. Sekarang aku bebas. Awal pagi sampai office baru aku aku bukak email. Hahahaha.

Tapi hari ni appraisal. Kalau dapat markah sikit walaupun aku berkorban selama ni memang sampai bila-bila lah aku tak synckan email ke phone.

No comments: