Last Week (Summary)

Aku ada cerita hari tu yang last week aku busy training dan Liza pulak takde kat rumah. Sebenarnya hidup aku macam sangat monotonous dan macam aku take everything for granted. Aku terlalu selesa. Aku tau kerja aku macam itu sahaja, aku tau bila aku balik rumah ada wife ada anak-anak dan semuanya takde terganggu. Semuanya perfect. Dan mudah.

Tapi last week aku rasa perubahan yang sangat gila. Aku sangat busy. By Thursday tu aku dah mentally drain, mentally tired dan of course physically tired jugak sebab by that time aku dah uruskan anak-anak seorang diri. Malam Jumaat tu aku kena prepare slides nak buat presentation, aku rasa aku siap berfikir dalam tidur kut apa aku nak cakap. Macam satu wake up call lah untuk aku yang memang hidup aku selama ini mendatar. Dan memang sepatutnya sekali sekala ada benda macam ini terjadi. Liza pergi team building dan aku rasa aktiviti yang dia buat jugak pun mendatangkan perbezaan pada dia. Not to mention last week tu first time tak tidur dengan anak-anak dalam masa beberapa tahun.

Sebab benda-benda ni benda macam bolasepak Malaysia yang aku rasa sangat penting pun dah tak jadi penting. Aku tak peduli pun diaorang kalah 2-0 tu haha.

Pasal presentation aku tau English aku average, apa aku cakap orang boleh faham tapi aku tau lah ada silap-silap sana sikit. Tapi masa aku salam trainer tu dia cakap lah "You did very well you know" so aku rasa penat lelah aku berbalaslah.




Last sekali aku dah beli handphone baru. Refurbished IPhone 4S, hari tu Lazada ada buat special sale aku dapat lagi extra 12%. Aku order 16GB tapi dia lembab hantar so aku marah-marah dan tetiba dia hantar aku 32GB punya. Alhamdulillah. Harganya RM560. Bila dia hantar memang phone barulah rupanya. Korang boleh Google lah apa benda refurbished Iphone ni.

Oh lupa nak cakap, masa aku jaga Luqman si baby tu dia ok je sebenarnya. Dia manja bila mak dia ada je. Bila mak takde dia behave, senang je aku jaga, malam pun takdelah terjaga lama-lama sangat. Dan anak-anak aku lagi 2 orang pun bagus. Bekerjasama dan tolong aku, so ok je lah semuanya. Oklah, itu je lah summarynya. Dah lama aku tak tulis panjang macam ini.

Oh aku beli refurbished phone bermaksud aku takdelah kena peer pressure nak dapatkan gadget terbagus je. It proves that aku ok, dapat barang outdated asalkan berfungsi aku dah cukup happy. Maybe aku dah finally grow up kut. Assalamualaikum.

3 comments:

Aziela said...

Nak ulang kata2 trainer tu... You did very well, you know! Well done, dik!

scabbers said...

Rasa mcm nak tepuk tangan lepas habis baca entry ni. Tahniah!

Pizli Mat Wazip said...

Hahaha.