Luluh Hati

Korang pernah rasa luluh hati. Rasa simpati yang amat sangat? Setiap kali aku tengok gambar banjir yang melanda negara sekarang ni memang luluh hati aku. Simpati. Kau imagine, rumah kau, kereta kau dan barang-barang dalamnya tenggelam dek air. Air pulak tinggi sampai 2-3 tingkat bangunan.

Sebelum banjir kau kena buat persiapan, masa banjir kena harung dan lepas banjir nanti pulak nak kena bersihkan segala benda.

Aku tau Allah tengah menguji kita semua. Menguji aku sendiri yang tak kena ni jugak pun. Apa yang kita boleh buat nak membantu sesama manusia regardless kaum, agama and dalam kebanyakkan kes negara kita ni, parti politik yang disokong.


Semoga bencana ni cepat habis dan semuanya selamat.

No comments: