Masuk Asrama?



Sekarang musim budak-budak UPSR masuk Sekolah Berasrama Penuh atau MRSM. Aku rasa since dulu lagi memang target mak bapak nak hantar anak-anak ke sekolah yang bagus dan kalau bernasib baik yang ada tradisi sendiri.

Macam aku dulu hidup di FELDA, facilities serba kekurangan, mak bapak pun takdelah belajar tinggi untuk membimbing kami adik beradik dalam matapelajaran kimia ke contohnya jadi memang satu kemestian untuk kami keluar dari kawasan yang dikelilingi kelapa sawit.

Cuma zaman sekarang ni selain daripada dapat masuk sekolah yang bagus, menjadi lebih berdikari apakah satu kemestian untuk kita target anak-anak kita dapat Sekolah Berasrama Penuh? Adik-adik aku dan ramai lagi murid dah buktikan yang mana walaupun diaorang tinggal dalam kampung atau setakat sekolah biasa tanpa bantuan yang hebat diaorang score je exam. Asalkan berusaha. Tapi adik-adik aku pergi MRSM lepas dapat result exam yang hebat atas sebab kurang facilities dan mak bapak aku pun mana boleh ajar fizik dan masa tu internet pun takde.. Point aku di sini aku rasa diaorang boleh hebat di mana-mana sahaja.

Sekarang imagine zaman sekarang yang mana informasi ada dihujung jari, segala masalah dan pelajaran boleh di access setakat atas katil sahaja dicampur pulak kebolehan semulajadi anak-anak ini untuk belajar dan menjawab exam aku personally dah tak rasa yang sekolah asrama penuh ni lebih bagus dalam membantu pelajaran kau. Lebih kurang sama sahaja. Ditambah pulak ibubapa yang berpelajaran tinggi yang memang boleh tolong anak-anak belajar di rumah.

Kalau dari segi berdikari memang! Memang asrama membantu! Dan ada nama jugaklah bila kau cakap kau dari sekolah so and so. Dan maybe kau nak ambik course yang takde dekat sekolah biasa macam kut lah sekolah tu ada belajar bahasa Perancis ke, kelas membaiki kereta kebal ke. Kan?

Entahlah, aku pun tak tau. As for now aku masih ada rasa nak anak-anak aku masuk asramalah lebih kepada aku rasa terjaga sikit disiplin compare dengan sekolah biasa yang bebas ni. Yang lain-lain aku tak pasti. Tapi katakan kalau kau boleh monitor anak-anak kau, hantar ambik dari sekolah sendiri, aku rasa kau boleh bagi environment yang sangat baik untuk anak kau belajar dan membesar kut. Wallahualam.

1 comment: