Siapa Bomohkan Aku????

Aku dah nak masuk umur 34 tahun. Kehidupan aku dulu penuh kemarahan dan rasa macam semua benda tak going my way.. Tapi aku tak pastilah lately ni aku sangat tenang. Masalah banyak, banyak sangat. Lampu rosak, suis terbakar, macbook turn off sendiri tapi aku rasa aku dah boleh handle semua ni calmly.

Even kasut kerja aku yang dah nazak ni pun aku masih rasa ok tak bersedih hati.

Aku tak pasti apa yang trigger sifat dalaman aku untuk berubah. Mungkin aku dah mempraktikkan slogan hidup baru aku JUST BE HAPPY ke tahap yang melampau. Atau mungkin aku dah pandai redha dengan segala benda.

Atau mungkin Liza pergi jumpa bomoh suruh hembus-hembus pada aku supaya aku jadi relax sikit. Hahahahah.

No comments: