Kelip-Kelip

A video posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on

Dapatlah anak-anak aku merasa tengok sekor kelip-kelip sesat. Haha.

Adik Beradik

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on

Ini adalah gambar adik beradik aku. Dua emak, first wife arwah bapak aku meninggal. Kira 5 dari belah kanan kita anak first wife, Dan tambah 3 aku adik beradik, aku sulunglah anak mak aku. Begitulah ceritanya. Ini first time ambik gambar 8 orang ni atas suggestion abang ipar aku. Betul jugak, bukan senang nak ada 8 orang serentak.

Perihal Rezeki




Pilih Untuk Gembira

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on

Aku ada seribu reason untuk tidak happy dengan kehidupan aku. Tapi aku abaikan dan pilih untuk jadi gembira. (Gambar sekadar gambar hiasan haha)

Ganti MyKad Online

Aku ada masalah yang mana MyKad, IC aku tak boleh di baca. Aku assume kad aku rosak. Dan tersangatlah susah nak pergi ke JPN nak buat yang baru. Takde masa. Tapi jangan risau, sekarang kita dah boleh replace MyKad kita di atas talian.

Silalah pergi ke web address ini: https://mykadganti.jpn.gov.my/

Dan korang kena register. Nanti dapat satu email untuk aktifkan akaun.



Ini selepas kau isi form. 

Kau kena bayar 10 ringgit, nanti kau akan dapat resit ini untuk di bawa masa nak collect tu. Bacala dekat website tu berapa lama. Dekat Kajang dalam 10 hari, Putrajaya sehari je kut.
Manualnya ada di sini: https://mykadganti.jpn.gov.my/manual/manual_myganti_2014.pdf

Family

Last week aku dah cerita yang aku penat menguruskan anak-anak first week sekolah. Sabtu pulak adik ipar aku kahwin. Tapi somehow aku happy. Mak aku pun datang dari Perak, adik beradik aku pun. Aku suka bila family macam ni, baik sesama family. Adik beradik wife aku ramai, 8 orang so meriah. Kalau aku billionaire memang aku nak ada anak 6 orang ke haha. Tapi tak dapatlah kut. Takpelah, tengok je lah gambar. Banyak aku share ni hehe.

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on



A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on



A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on



A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on



A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on



A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on



A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on

Penat

Minggu pertama sekolah ni agak mencabar jugak sebenarnya. Naik motor bagi aku buat benda cepat dan hilang stress jalan jamlah. Tapi sakit pingganglah pulak. Dah lah hari panas terik sekarang. Takde kesian punya.

Malamnya pulak kena guide anak buat homework sebab sekolah petang, malam je lah yang ada masa nak buat. Makan malam masak simple atau beli je lah kut sebab kalau tak lagilah kelam kabut.

Sebab apa?

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on


Sebab ada pulak budak mengada ni yang kadang-kadang mengamuk nak tidurlah, dahagalah haha.

Mode Insaf Dan Nasihat

Dengan macam-macam perkara memalukan orang atas dasar kita ada portable camera aku rasa cukup-cukuplah ambik gambar nak memalukan orang. Betul tak? Public shaming sampai satu Malaysia tengok.

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on

Kita gunakanlah camera phone untuk ambik gambar permandangan ke apa ke.

Darjah Dua

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on

Bantuan Banjir (Pakej)

Aku setakat menyampaikan je lah bentuk-bentuk sumbangan yang korang boleh bagi. Apa-apa korang call lah nombornya.



Melayu Islam Yang Extreme

Aku pernah tengok dekat FB ada orang tegur mak budak ni suruh anak dia yang berumur 4 tahun untuk pakai tudung. Fine. Budak kecik pun kena tegur.



Sekarang ni aku nampak orang tegur suruh baby tutup aurat. Baby!! Honestly, Islam ni agama yang indah dan simple. Tapi ada sesetengah Melayu dekat Malaysia ni dah buat agama Islam ni macam something yang extreme pulak. Agak-agaklah. Memanglah benda baik, nak mengajar semua tapi baby pun kau nak tegur, kau ni mental ke apa?

Kalau aku cakap lebih-lebih nanti cakap aku sesat. Semoga dosa-dosa aku diampunkan.

Pengalaman Bawak Motor So Far

Aku dah lama gila tak bawak motor, so memang bawak motor pergi office ni jadi big deal jugaklah, bukan untuk aku je, untuk semua orang pun. Macam pelik aku bawak motor haha.

Bila kita naik kereta kita nampak macam bawak motor ni bahaya tapi sebenarnya tidak. Ini aku cerita pasal jalan aku nak pergi kerja lah ye. Aku rasa asalkan kau aware dengan surrounding kau, sebenarnya takde apa sangat. Sebab kau kecik, kau nampak segala ruang. Dan side mirror kau pun banyak membantu. Zaman bawak RXZ dulu aku cabut side mirror, tapi sekarang ni taknaklah. Aku nak keselamatan dan aku nak tau apa yang berlaku di sekeliling aku.

Motor aku walaupun ada cut off tapi dia boleh pergi laju dan ada pick up yang hebat. Aku suka bila dekat traffic light dan traffic light tu merah sebab aku boleh pergi depan dan bila hijau aku boleh terus pergi depan tanpa ada orang dekat tepi aku. Cakap pasal laju ni aku paling laju so far pun bawak 80, itupun hari ketiga ni baru berani. Aku tengok semalam tak kira lelaki ke perempuan MasyaAllah pecut gila babi dan awek-awek pun selamba cilok2. Ha maksudnya di sini kau kena yakinlah bawak motor ni. Aku pemandu kereta jugak so aku taknaklah selfish sangat.

Lagi satu aku tak boleh bawak laju sebab jalan yang aku ikut ni kadang-kadang ada kambinglah, lembulah, beruklah, burung wak-wak lah melintas jalan. So aku memang kena berhati-hatilah. Kalau binatang ni nak lari bila nampak aku takpe, ini kambing masa aku bawak kereta hari tu lepak je tengah jalan. Kalau bawak laju naik motor memang boleh terpelanting terus.

Oh benda yang aku tak suka pulak sebagai seorang penunggang motorsikal yang berhemah ialah bila rempit belakang aku rem-rem motor suruh langgar lampu merah. Pundek betul.

So itu je lah. Keywordnya, slow and steady, berhati-hati haha.

Most People Feel Angry Because They Feel The World Owe Them A Good Life.

Korang biasa kan tengok dalam facebook orang mengamuk dengan keadaaan, mengamuk dengan pemerintah, mengamuk dengan kerajaan, mengamuk dengan pembangkang. Mengamuk dengan segala-galanya.

Kesian kan?



Oh ye, mungkin aku dulu pun macam tu hahahaha.

Motor Motor

Hari ni aku start bawak motor. Ok je lah kut jalan Semenyih ni. InsyaAllah ok. Tapi malam tadi aku tengok XMen origins: Wolverine. Masa tu dia bawak motor dan tetiba aku jatuh cinta pada motor macam tu. Hahaha.. Aku Google2 dan aku suka yang ini hahaha.




Manyak cantik woo.

Remp-It

Haha dah dapat motor, semoga perjalanan aku lebih mudah dan menjimatkan. Ntah apa-apa anak-anak nak berebut naik kapcai, kalau kereta BMW ke takpelah jugak.




A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on

Highlights 2014

Ini highlights 2014 untuk aku.

January - Umar start masuk sekolah jadinya hidup kitaorang berubahlah. Hantar ambik anak dari sekolah dah masuk jadual. Menang RM100 Petronas Gift Card.

February - Aku beli gitar dan belajar main gitar dekat PS3. Kira bolehlah nak suka-suka bukan sampai nak main band.

March - Birthday aku, takde benda menarik pun. Eh ada, kitaorang simen belakang rumah. Kira dah takde semak samun lah lagi belakang rumah.

April - Luqman Zafran lahir. Mencabar sungguh dengan air ketuban kuranglah, kena check heart beat setiap malamlah tapi bila nak keluarnya sekejap je. Air pun kena catu masa ni. Stress gila.

May - Aku jadi AJK PIBG sekolah anak aku. Dan aku juga menang Xbox 360 With Kinect.

June - Aku menang MacBook Air dan menang no.3 main futsal. Aku score sebijik dari bawah walaupun aku jadi keeper. Aku ingat sampai bila-bila lah game tu sebab jiran depan rumah aku pun score sebijik gol cantik nak mampos. Eh aku pun ada menang lucky draw tadika Nawal haha.

July - Aku pergi buat passport untuk pertama kali dalam sejarah hidup. Dan raya di kampung aku. Raya aku sekejap je sebab??

August - Sebab aku pergi UK dalam seminggu lepas raya. UK tu beb? Aku budak yang lahir dalam kebun kelapa sawit ni akhirnya dapat pergi luar negara. Negara yang paling aku nak pergi. Dan dapat pergi Old Trafford. Big deal sungguh dapat pergi hahaha.

September - Bulan yang paling busy tahun ni. Nak pengsan punya busy kerja. Tapi dalam busy-busy tu ada hari sukan company dan aku menang Bronze PingPong dan Silver Squash haha.

October - Menang tiket pergi Kidzania satu family. Itu je, takde apa benda sangat pun.

November - Menang RM500 Powerroot dan aku dapat mintak sumbangan 5 bijik komputer untuk sekolah anak aku. Oklah tu kut.

December - Takde apa kut. Cuma aku dapat beli Refurbished IPhone 4s 32GB pada harga RM500++ je haha. Dan aku beli motor!!

Itu jelah kut. Banyak menang-menang je lepas baby lahir. Honestly sebelum dia lahir aku risau kitaorang akan hidup susah sebab living cost tinggi tapi Alhamdulillah ok je. Dan aku rasa menang-menang tu pun sebab rezeki anak-anak, nak bagi kami satu keluarga gembira. Alhamdulillah.