Highlights 2014

Ini highlights 2014 untuk aku.

January - Umar start masuk sekolah jadinya hidup kitaorang berubahlah. Hantar ambik anak dari sekolah dah masuk jadual. Menang RM100 Petronas Gift Card.

February - Aku beli gitar dan belajar main gitar dekat PS3. Kira bolehlah nak suka-suka bukan sampai nak main band.

March - Birthday aku, takde benda menarik pun. Eh ada, kitaorang simen belakang rumah. Kira dah takde semak samun lah lagi belakang rumah.

April - Luqman Zafran lahir. Mencabar sungguh dengan air ketuban kuranglah, kena check heart beat setiap malamlah tapi bila nak keluarnya sekejap je. Air pun kena catu masa ni. Stress gila.

May - Aku jadi AJK PIBG sekolah anak aku. Dan aku juga menang Xbox 360 With Kinect.

June - Aku menang MacBook Air dan menang no.3 main futsal. Aku score sebijik dari bawah walaupun aku jadi keeper. Aku ingat sampai bila-bila lah game tu sebab jiran depan rumah aku pun score sebijik gol cantik nak mampos. Eh aku pun ada menang lucky draw tadika Nawal haha.

July - Aku pergi buat passport untuk pertama kali dalam sejarah hidup. Dan raya di kampung aku. Raya aku sekejap je sebab??

August - Sebab aku pergi UK dalam seminggu lepas raya. UK tu beb? Aku budak yang lahir dalam kebun kelapa sawit ni akhirnya dapat pergi luar negara. Negara yang paling aku nak pergi. Dan dapat pergi Old Trafford. Big deal sungguh dapat pergi hahaha.

September - Bulan yang paling busy tahun ni. Nak pengsan punya busy kerja. Tapi dalam busy-busy tu ada hari sukan company dan aku menang Bronze PingPong dan Silver Squash haha.

October - Menang tiket pergi Kidzania satu family. Itu je, takde apa benda sangat pun.

November - Menang RM500 Powerroot dan aku dapat mintak sumbangan 5 bijik komputer untuk sekolah anak aku. Oklah tu kut.

December - Takde apa kut. Cuma aku dapat beli Refurbished IPhone 4s 32GB pada harga RM500++ je haha. Dan aku beli motor!!

Itu jelah kut. Banyak menang-menang je lepas baby lahir. Honestly sebelum dia lahir aku risau kitaorang akan hidup susah sebab living cost tinggi tapi Alhamdulillah ok je. Dan aku rasa menang-menang tu pun sebab rezeki anak-anak, nak bagi kami satu keluarga gembira. Alhamdulillah.

2 comments:

Sanisah eeiyss said...

wah complete~

is dah lupa dah~

hoho (^___^)

salam ukhwah!

Sanisah eeiyss said...

wah complete~

is dah lupa dah~

hoho (^___^)

salam ukhwah!