Pengalaman Bawak Motor So Far

Aku dah lama gila tak bawak motor, so memang bawak motor pergi office ni jadi big deal jugaklah, bukan untuk aku je, untuk semua orang pun. Macam pelik aku bawak motor haha.

Bila kita naik kereta kita nampak macam bawak motor ni bahaya tapi sebenarnya tidak. Ini aku cerita pasal jalan aku nak pergi kerja lah ye. Aku rasa asalkan kau aware dengan surrounding kau, sebenarnya takde apa sangat. Sebab kau kecik, kau nampak segala ruang. Dan side mirror kau pun banyak membantu. Zaman bawak RXZ dulu aku cabut side mirror, tapi sekarang ni taknaklah. Aku nak keselamatan dan aku nak tau apa yang berlaku di sekeliling aku.

Motor aku walaupun ada cut off tapi dia boleh pergi laju dan ada pick up yang hebat. Aku suka bila dekat traffic light dan traffic light tu merah sebab aku boleh pergi depan dan bila hijau aku boleh terus pergi depan tanpa ada orang dekat tepi aku. Cakap pasal laju ni aku paling laju so far pun bawak 80, itupun hari ketiga ni baru berani. Aku tengok semalam tak kira lelaki ke perempuan MasyaAllah pecut gila babi dan awek-awek pun selamba cilok2. Ha maksudnya di sini kau kena yakinlah bawak motor ni. Aku pemandu kereta jugak so aku taknaklah selfish sangat.

Lagi satu aku tak boleh bawak laju sebab jalan yang aku ikut ni kadang-kadang ada kambinglah, lembulah, beruklah, burung wak-wak lah melintas jalan. So aku memang kena berhati-hatilah. Kalau binatang ni nak lari bila nampak aku takpe, ini kambing masa aku bawak kereta hari tu lepak je tengah jalan. Kalau bawak laju naik motor memang boleh terpelanting terus.

Oh benda yang aku tak suka pulak sebagai seorang penunggang motorsikal yang berhemah ialah bila rempit belakang aku rem-rem motor suruh langgar lampu merah. Pundek betul.

So itu je lah. Keywordnya, slow and steady, berhati-hati haha.

4 comments:

Mio Asmara said...

statement ini 'Oh benda yang aku tak suka pulak sebagai seorang penunggang motorsikal yang berhemah ialah bila rempit belakang aku rem-rem motor suruh langgar lampu merah. Pundek betul.'

saya setuju bang, seriously nak nak pulak sy mmg jenis ikut traffic light, kekadang terpaksa langgar sebab yang belakang tak nyempat nyempat nak tggu hijau, kekadang gak buat hati kering mcm xde moto kat belakang hahaha,

Pizli Mat Wazip said...

Itulah pasalnya. Ramai orang tak sabar sini. Haha..

sero said...

die ingat ko geng tu... ape lagi race tengok,

Pizli Mat Wazip said...

Hahahahah..