Impian Yang Tak Akan Tercapai



Dalam hidup ni mesti ada benda yang kau betul-betul hendak. Kau suka, kau wish kau dapat benda tu.

As for aku, aku suka sangat superbike Z800 yang aku tumpang naik dekat kedai motor dekat gambar atas tu. Memang suka gila lah. Tapi as semua orang tau, itu kehendak aku, bukan keperluan. Sebab motor kapchai aku sekarang memang serve me very well lah. Not to mention harganya sangat mahal. Bayar downpayment 20K pun monthly dia RM500++ selama 7 tahun. As if lah aku ada 20K nak buat downpayment tu kan?

What if kalau aku memang mampu? Aku rasa aku still tak boleh justify perlu ke aku beli? Atas dasar suka je.

The only reason yang aku akan pakai motor ni aku rasa kalau gaji aku sekarang double, meaning that memang aku akan ada extra RM500 sebulan untuk dibazirkan, or ada orang hadiahkan motor ni pada aku for free. Hahahaha.

Tapi kalau aku ada reason yang menunjukkan aku perlu motor besar aku akan beli lah. Beli bila ianya dah jadi satu keperluan. Tapi memang sesuaikan motor dengan aku? Macam pinang dibelah dua. Hihi.

Tak Sependapat


Masalah orang dekat Malaysia ni yang aku perasan especially dekat social media lah ialah bila diaorang tak bersependapat diaorang tend to bergaduh. Aku rasa susah negara nak maju kalau orang tak boleh tak sama pendapat dan berkawan baik. Kenapa semua benda nak gaduh? Kenapa semua benda nak perli-perli, kata-kata kesat?

Aku bila jumpa orang yang tak sependapat dengan aku dan terus nak serang aku aku unfriend je. Peduli apa aku. Hahaha.

Kita boleh je berkawan baik walaupun pendapat kita berbeza. Bukan masalah pun.

Appraisal & Kerjaya.

Aku dah habis buat appraisal tahun ni. And for once boss aku bebetul ikut industrial/professional standard.

Background aku multimedia. Diploma and degree aku pun dalam multimedia, tapi aku tak creative dan aku tak boleh pergi jauh pun. In video production maybe, tapi aku tak boleh nak korbankan masa untuk duduk dalam creative industry yang mana kerjanya sangat taxing dan aku kena keluar dan balik lambat semua.

Sekarang aku masuk dalam bidang training yang mana aku jaga Learning Management System. Tapi yang bagusnya boss-boss aku dekat sini diaorang exposekan aku ke benda-benda lain. Scope aku jadi lebih besar. Aku diexpose kepada Learning Management as a whole from A-Z. Dan aku juga didedahkan dengan competency dan macam-macam lagi.

Sebelum aku kerja sini aku tak pernah buat data. Sekarang salah satu kerja aku adalah collect, massage and present the data. And I am really good at it. Kira dalam hidup ni kita ada banyak benda yang kita tak diexpose dari awal tapi bila kita cuba kita baru tau yang kita sebenarnya boleh buat benda lain lagi.

So in the end aku dah ada hala tuju yang baru. Aku boleh tumpukan pada Learning Management, Data Mining, eLearning dan aku masih ada lagi kemahiran dalam multimedia dan video production. Dan aku percaya by 40 aku boleh masuk ke management in general. And for once aku ada hala tuju dalam segi kerjaya.

Itupun kalau aku tak dioffer kerja dalam bidang lain. Kalau aku jump kerja dalam masa terdekatt maybe sebab gaji je lah kut regardless bidang apa sekalipun. Haha.

Kuching Sarawak, Short Trip

Last week aku pergi Kuching untuk bekerja and since bekerja takde apalah yang menarik sangat. Tapi not badlah untuk aku sebab first time sampai negeri Sarawak ni. Semua ni aku anggap sebagai rezeki lah.


Kerja company baru ni aku boleh pergi negeri dalam Malaysia je actually so aku akan pilih MAS je lah sebab aku suka dan rumah aku pun takdelah jauh mana dengan KLIA tu. Sekejap je pun naik flight ke Kuching ni.


Bersabar je lah dengan selfie aku. Aku tinggal dekat Hilton and first day aku pergi ke arah jalan belah kanan yang mana bosan. Sebenarnya kena pergi belah kiri untuk shopping dan depan hotel ni ada Kuching Waterfront yang happening.


Apa pun kena pergi kerja dulu. Tak payahlah aku disclose apa kerja aku dekat Kuching ni.


Breakfast diaorang ada jamu makanan kuih nama Celorot ni. Sedaplah pada aku, Sarawak punya traditional kueh pun.


Lunch diaorang bagi ni. Lagilah sedap. Ikan masin masak lemak, Ikan goreng fresh cicah kicap. Sayur tu lupa plak aku, rasa aku macam tak jamah kut sebab dah semangat makan ikan sampai dua ekor. Haha.


Habis kerja tu aku pergi shopping, walking distance je pun dari Hilton. Adalah macam-macam souvenier, kek lapis dan yang macam kawan-kawan pesan Gambir Sarawak. Kawan wife aku ada duduk Kuching so urusan pembelian kek lapis dan ikan terubuk dia uruskan. Aku bagi duit je. Aku pun takde transport nak jalan-jalan. Alhamdulillah kek dan ikan terubuk masin best.



Malam tu Kuching dan beberapa tempat lagi takde elektrik sampai trending sekejap. Lepas ada api tu balik aku turun pergi Kuching Waterfront ni. Adalah macam-macam orang jual souvenier dan makanan. Aku duduk tengok jap band ni main.


And aku makan Nasi Arun Ikan Terubuk. Sedaplah ada cencalok sambal semua tapi lambat sampai. Sejam aku tunggu. Kalau tak sedap mesti aku mengamuk dah haha.


Third day balik. Hujan since Subuh, sampai KLIA cerah. Alhamdulillah. Doakan aku ada trip overseas tahun depan. Hehe.

#MyTravelokaEscapade: Benda-benda Yang Aku Akan Buat di London Kalau Aku Menang Free Vacation Dari Traveloka

www.traveloka.com.my sedang mengadakan YOU NEED A HOLIDAY LAH Traveloka Online Contest and of course aku nak holiday free daripada diaorang.

Macam semua orang tahu, aku sangat obsess dengan benda yang related dengan British. Lagu, band, movies, team bola dan even accent diaorang pun macam music to my ears bila dengar diaorang bercakap.

So apa yang aku akan buat di London kalau aku menang contest #MyTravelokaEscapade ni? Of couse aku akan pastikan sebelum aku pergi aku akan tempah segala jenis tiket secara online untuk pergi tempat-tempat yang aku akan ceritakan di bawah nanti. Dan sebab negara diaorang ni dah sangat maju dan ada system yang bagus, bus and train ticket pun boleh tempah awal.

Tapi sebaik aku sampai je aku akan try bersembang dengan orang-orang sana dulu untuk menjiwai the environment dan cuba blend in dengan semua benda termasuk cuaca di sana. Tengok? Aku memang perlukan free vacation ni. Korang mesti setujukan?

Anyway, ini antara tempat-tempat yang aku akan pergi.

London Eye



Sampai-sampai je aku akan pergi naik London Eye. Walaupun aku pasti akan ada beribu orang yang akan beratur untuk naik tapi aku tetap akan naik dan macam aku cakap tadi aku kan akan beli online ticket? Mestilah tak lama sangat nak beraturnya kut. Di sini macam semua orang tahu kita akan berada di puncak paling tinggi dan masa inilah kita boleh tengok view London ni. Mesti best gila.

Big Ben



Big Ben ni sebenarnya decribe dia punya tower, jam dan loceng dia. Big Ben ni boleh dikatakan sangat historical dan sebenarnya ianya dibina menggantikan Palace of Westminster yang terbakar dan semua ni berlaku dalam abad ke 19. Imagine dah berapa lama. Nama sebenarnya yang diberi kepada Big Ben ni ialah The Great Bell tapi tak catchy kut nama nya. Since aku dah tengok website diaorang dan pada masa ini diaorang tengah buat renovation dan tak boleh join dia tour, aku akan pergi tengok dari luar dan pastikan aku akan dapat ambik selfie dengan The Big Ben ni. Hihi.

Buckingham Palace



Tempat historical yang aku nak sangat pergi ialah the Buckingham Palace. Kalau Big Ben abad ke 19, Buckingham Palace ni pulak abad ke 18!! Kira macam Istana Negara lah kalau dekat Malaysia ni.



Tour dekat sini ramai yang orang nak tengok ialah masa Changing of the Guard ceremony (Youtube video dekat atas) dekat St Jame's Park. Familiar kan nama tu? Itu kan nama stadium Newcastle United. Di sini jugak diaorang akan bawak pergi explore diaorang punya State Rooms.

Hyde Park



Selain dari tempat historical aku teringin jugak nak pergi Hyde Park ni. Hyde Park ni besarnya 350 ekar ada banyak famous landmark termasuk the Serpentine Lake, Speakers'€™ Corner dan the Diana, Princess of Wales Memorial Fountain. Macam historical jugak sebab Hyde Park ni dulu dibuat sebagai tempat memburu Henry Vlll dalam tahun 1536 tapi lebih kepada nak relax-relax dan nak tengok view lah kut. Naik bot ke. Hyde Park ni jugak tempat biasa diaorang buat konsert besar-besaran. Kalau aku nasib baik dan ada budget, kalau ada konsert boleh lah aku pergi join konsert tu jugak.

Ok for now, itu jelah tempat-tempat yang aku can think of, ada banyak lagi sebenarnya tempat boleh pergi macam Natural History Museum, National Gallery, London Zoo dan eh macam-macam tempat lagilah.

Oh lastly, of course aku akan pergi shopping jugak bila sampai London ni. Dengar cerita area Wembley tu ada London Designer Outlet dan of course tempat shopping paling famous adalah di Oxford Street. Kena pergi semua ini.



Dan yang sudah pasti semua tempat yang aku nak pergi ni aku akan gunakan public transport diaorang macam London Tube dan bas-bas diaorang sebab daripada yang aku baca public transportion diaorang ni bagus-bagus dan efficient belaka. Doakan aku menang. :-)

Obsession


Aku sentiasa obses dengan British movies, lagu, accent etc. Masalahnya takde siapa yang aku boleh share pasal benda ni. Bila ada movie aku takde siapa yang aku boleh discuss. Semua orang cerita pasal Mr Pilot dan happy sebab diaorang boleh relate. Aku? Aku takde siapa yang aku boleh cerita.

Macam iklan Burberry atas tu. Aku sorang je kut yang boleh appreciate dalam circle of friends aku. Maybe aku patut cari kawan-kawan yang lain.

New Chapter

Assalamualaikum, apa khabar semua? Ada ke orang akan perasan aku update blog ni?

Aku dah bekerja di company yang baru. Lebih setahun dah.

Yes, banyak ups and downs tapi somehow aku rasa dekat sini otak aku tak pernah berhenti berfikir. Banyak gila benda baru aku belajar dan every assignment macam lain. Yang buat lagi challenging banyak yang ad-hoc.

On aku punya personal life aku akan jadi lebih positive dalam segala benda. Dan aku banyak belajar, antara benda aku belajar ialah aku kena buat baik walaupun orang tak buat baik pada aku. Sebab baik ni kalau orang tak balas baik pada kau, InsyaAllah Allah akan bagi ganjaran kut. Kan?

Macam mak Cinderella cakap. "Have courage and be kind."