Kuching Sarawak, Short Trip

Last week aku pergi Kuching untuk bekerja and since bekerja takde apalah yang menarik sangat. Tapi not badlah untuk aku sebab first time sampai negeri Sarawak ni. Semua ni aku anggap sebagai rezeki lah.


Kerja company baru ni aku boleh pergi negeri dalam Malaysia je actually so aku akan pilih MAS je lah sebab aku suka dan rumah aku pun takdelah jauh mana dengan KLIA tu. Sekejap je pun naik flight ke Kuching ni.


Bersabar je lah dengan selfie aku. Aku tinggal dekat Hilton and first day aku pergi ke arah jalan belah kanan yang mana bosan. Sebenarnya kena pergi belah kiri untuk shopping dan depan hotel ni ada Kuching Waterfront yang happening.


Apa pun kena pergi kerja dulu. Tak payahlah aku disclose apa kerja aku dekat Kuching ni.


Breakfast diaorang ada jamu makanan kuih nama Celorot ni. Sedaplah pada aku, Sarawak punya traditional kueh pun.


Lunch diaorang bagi ni. Lagilah sedap. Ikan masin masak lemak, Ikan goreng fresh cicah kicap. Sayur tu lupa plak aku, rasa aku macam tak jamah kut sebab dah semangat makan ikan sampai dua ekor. Haha.


Habis kerja tu aku pergi shopping, walking distance je pun dari Hilton. Adalah macam-macam souvenier, kek lapis dan yang macam kawan-kawan pesan Gambir Sarawak. Kawan wife aku ada duduk Kuching so urusan pembelian kek lapis dan ikan terubuk dia uruskan. Aku bagi duit je. Aku pun takde transport nak jalan-jalan. Alhamdulillah kek dan ikan terubuk masin best.



Malam tu Kuching dan beberapa tempat lagi takde elektrik sampai trending sekejap. Lepas ada api tu balik aku turun pergi Kuching Waterfront ni. Adalah macam-macam orang jual souvenier dan makanan. Aku duduk tengok jap band ni main.


And aku makan Nasi Arun Ikan Terubuk. Sedaplah ada cencalok sambal semua tapi lambat sampai. Sejam aku tunggu. Kalau tak sedap mesti aku mengamuk dah haha.


Third day balik. Hujan since Subuh, sampai KLIA cerah. Alhamdulillah. Doakan aku ada trip overseas tahun depan. Hehe.

No comments: