Sembang Dengan Boss

Masa sembang dengan boss aku tadi dia cakap something macam careful what you wish for, you might just get it. Dapat tu takpe, tapi imagine dapat tapi aku tak ready. Macam aku menang contest hadiah Z900 tapi aku tak boleh nak maintain pun. Dia tambah lagi nak jadi kaya dan miskin ni biasanya sekelip mata je, so aku harap betullah aku boleh jadi kaya sekelip mata supaya aku boleh beli Z900 tu nanti sebab kalau kaya for sure aku boleh maintain kereta tu hahahaha. Plus point kerja sini boss boss kitaorang walaupun strict tapi sebenarnya diaorang macam jadi coach lah untuk kitaorang. Or mentor to be exact

Tips Jumaat

Since 2014 dalam quest aku ingin menjadi lebih positive aku mengamalkan prinsip taknak tolak rezeki in any form. Ada orang nak belanja makan, ambik. Ada orang nak bagi jersi terpakai, ambik. Menang movie tickets, ambik and so on. 

Soalannya sekarang macamana nak offer rezeki pada orang pulak? Salah satunya, zaman sekarang banyak FB page buat contest. And senang je nak masuk, tapi tak semuanya hadiah tu kau nak pun. Just nak dapat satisfaction of winning something macam itulah. So kalau kau menang dan taknak hadiah tu kau boleh bagi kawan-kawan and hopefully kawan kau pun jenis tak tolak rezekilah.